Judul : Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh?
link : Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh?
Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh?
Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh? Seorang wanita Indonesia yang ditahan kerana pembunuhan abang pemimpin Korea Utara “diperdaya” untuk percaya dia sedang mengambil bahagian rancangan “prank” di televisyen, kata pegawai Indonesia semalam.
Siti Aishah ialah antara 3 individu yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan Kim Jong Nam, menggunakan racun di lapangan terbang Malaysia pada Isnin, di mana Korea Selatan berkata ia dilakukan ejen wanita yang bekerja untuk Pyongyang, menggunakan racun.
Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh? Polis Malaysia berkata Jong Nam, abang pada Kim Jong Un, sedang bersiap sedia menaiki pesawat ke Macau, apabila secara tiba-tiba didatangi 2 wanita yang menyimbah sejenis cecair di mukanya.
Tetapi, Ketua Polis Indonesia Tito Karnavian berkata Aishah, 25, ditipu untuk percaya yang dia hanya mengambil bahagian dalam “prank” untuk siaran TV seperti “Just For Laughs”, siri TV popular dengan rakaman kamera tersembunyi.
“Mungkin dia dipergunakan, dia tidak sedar ia adalah cubaan pembunuhan,” katanya dipetik sebagai berkata kepada media tempatan.
Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh?
Beliau berkata Aishah dipujuk untuk menjalankan “prank” serupa – menyembur sejenis cecair ke mata seseorang – dengan seorang lagi wanita dalam 3 atau 4 kali sebelumnya dan diberikan bayaran.
Tetapi, bagi semburan bagi kejadian terakhir, ia membabitkan serangan terhadap Jong Nam menggunakan “bahan bahaya”, katanya.
Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata Aishah “diperdaya untuk percaya dia sedang bermain permainan” yang digambarkan sebagai “rancangan realiti” di mana orang menggunakan “kamera tersembunyi atau kawalan jarak jauh”.
“Jika dia benar-benar seorang ejen, saya percaya dia tidak akan dapat ditemui,” katanya.
Polis menahan Aishah selepas menangkap teman lelakinya warga Malaysia berusia 26 tahun, dan seorang wanita pemegang pasport Vietnam berusia 28 tahun.
Pada Jumaat, keluarga Aishah dan jirannya di Jakarta ketika ditemui berkata mereka tidak dipercayai dia boleh dikaitkan dengan pembunuhan dramatik itu.
Di Tambora, Jakarta, di mana Aishah pernah menetap bersama bekas suaminya, bapa mentuanya Tjia Liang Kiong, 56, berkata beliau terkejut dengan berita itu.
Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh?
“Tidak mungkin orang sebaik itu boleh melakukannya. Saya tidak percaya kerana dia baik orangnya. Dia baik, kalau dia tidak baik mustahil saya kahwinkan dia dengan anak saya,” katanya.
Aishah berkahwin dengan anak lelaki Tjia bekerja untuk syarikatnya dan mereka mempunyai seorang anak sebelum dia ke Malaysia untuk bekerja.
Mereka bercerai pada 2012 dan anaknya tinggal bersama keluarga bekas suami. Kali terakhir Aishah melawat anak lelakinya itu pada 28 Januari, kata Kiong.
Pihak berkuasa imigresen Indonesia berkata Aishah ke Malaysia pada 2 Februari.
Bekas jirannya, Nihayah, 25, turut terkejut dengan berita itu.
Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh? “Saya sangat terkejut kerana dia sangat normal, saya tidak boleh percaya langsung. Keluarga itu baik dan peramah tetapi Siti pendiam. Dia hanya bercakap bila ditanya. Dia pendiam dan sopan,” katanya. - fmt
Iklan
Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh?
Sekianlah artikel Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/punca-sebenar-kim-jong-nam-mati-dibunuh.html
0 Response to "Punca Sebenar Kim Jong Nam Mati Dibunuh?"
Posting Komentar