Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam

Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam
link : Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam

Baca juga


Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menepis dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia sengaja melengahkan proses penghantaran pulang mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam.

Sebaliknya, tegas beliau, selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.

Beliau turut menekan bahawa pihak Korea Utara boleh mendapatkan nasihat daripada peguam mereka sekiranya tidak bersetuju dengan tindakan polis.

"Peguam mereka boleh menasihati mereka. Kita mempunyai peraturan di Malaysia...semasa di Malaysia, semua orang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara ini termasuk Korea Utara," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol pada Jumaat yang mendakwa Malaysia sengaja menolak permohonan mereka untuk membawa pulang mayat Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Kenyataan Kang Chol kepada pihak media itu dibuat di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.45 malam Jumaat.

Pada Jumaat, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata tuntutan terhadap mayat diberi keutamaan kepada waris terdekat bagi memudahkan proses pengecaman.
Bagaimanapun, setakat ini tuntutan hanya diterima daripada pihak kedutaan.

Isnin lepas, Jong-nam, 46, yang membawa dokumen menggunakan nama Kim Chol, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menunggu penerbangan ke Macau apabila seorang wanita menyembur sejenis cecair dan menggosok mukanya dengan kain.

Mangsa kemudian ke kaunter perkhidmatan KLIA2 untuk memohon bantuan perubatan selepas mengadu tidak sihat tetapi dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. #sumber


Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam

Sekianlah artikel Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/khalid-sangkal-dakwaan-malaysia-lambat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khalid Sangkal Dakwaan Malaysia Lambat Serahkan Mayat Jong-nam"

Posting Komentar