SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM?

SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM?
link : SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM?

Baca juga


SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM?

Kita sedar bahawa antara taktik propaganda puak pembangkang untuk mencetus kebencian rakyat kepada pucuk pimpinan kerajaan adalah dengan mencipta persepsi seolah-olah semua yang berlaku di dalam negara ini adalah atas arahan Kerajaan Barisan Nasional.

Malah jika mereka dapat kaitkan semua isu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, maka lebih kuatlah mereka ligatkan propaganda tersebut meskipun ia tiada kena mengena sedikit pun Perdana Menteri dan isteri beliau.

Jika boleh, nyamuk gigit pun mereka mahu kaitkan dengan Perdana Menteri. Hatta kadang-kala mereka bergaduh dengan isteri pun mahu disalahkan kerajaan. Padahal memang salah mereka terlupa beli kicap yang dipesan isteri!

Terbaru, ada pula ‘macai’ dari parti ‘bunga raya’ yang cuba mencetus persepsi kononnya surat membatalkan jemputan ke Majlis Pertabalan Yang DiPertuan Agong baru yang bakal berlangsung pada 13 Disember ini ada hubung kaitnya dengan politik.

Kononnya surat pembatalan tersebut menandakan seluruh negara kini telah dikuasai oleh Perdana Menteri? Nampaknya, propaganda yang menyalahkan Najib dalam semua perkara dalam dunia ini sudah sebati dalam darah daging mereka. Siapa yang doktrinkan sebegitu?

Pada pandangan penulis, inilah hasilnya bila terlalu naif dalam membuat penilaian. Perkara yang tidak ada kena mengena dengan politik pun mahu dipolitikkan.

Kita semua tahu bahawa surat berkenaan ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Dalam erti kata lain, surat berkenaan rasminya dari pihak Majlis Raja-Raja yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan tiada kena mengena dengan sebarang sentimen politik tanahair.

Jika benar Majlis Raja-Raja tidak menyediakan kerusi kepada Tun Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah, siapa ‘macai-macai bunga raya’ itu untuk pertikai keputusan tersebut? Sama ada menyediakan kerusi atau tidak, itu adalah hak Majlis Raja-Raja. Kenapa kurang ajar sangat untuk dipertikai?

Kononnya puak ‘bunga raya’ ini sangat menghormati perlembagaan negara dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Malah deklarasi yang sia-sia dulu pun, pengerusi mereka persembahkan kepada Yang DiPertuan Agong.

Namun baru saja Yang DiPertuan Agong yang baru bakal ditabalkan, mereka sudah mencari ‘geruh’ dengan Majlis Raja-Raja? Begitukah ‘bunga raya’ menunjukkan kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu di negara kita?

Pada pandangan penulis, mujurlah puak-puak ‘bunga raya’ itu merupakan rakyat Malaysia. Jika mereka warga Thai dan mempertikai pihak Istana DiRaja Thai, berkemungkinan mereka sudah lama ‘ke dalam’ barangkali.

Walau bagaimanapun, penulis tidak terlalu terkejut dengan sikap ‘macai-macai’ tersebut. Mungkin mereka tersalah asuhan dari ‘pengerusi’ mereka yang sebelum ini terkenal dengan sering dilanda kontroversi dengan Raja-Raja Melayu di negara ini, bukan?

Cuma yang penulis kesal, kenapa pula perlu Perdana Menteri disalahkan dalam semua perkara? Ia bukan saja tidak benar, malah ia boleh dianggap sebagai menuduh tanpa bukti dan usul periksa. Dalam Islam, apa agaknya hukum menuduh seseorang dengan tuduhan yang tidak benar? Mahu mereka minta maaf? Jangan mimpilah…


SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM?

Sekianlah artikel SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/surat-dari-istana-negara-pun-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SURAT DARI ISTANA NEGARA PUN MAHU SALAHKAN PM?"

Posting Komentar