Judul : PPBM lebih memerlukan PAS, bukan PKR, kata Azmin
link : PPBM lebih memerlukan PAS, bukan PKR, kata Azmin
PPBM lebih memerlukan PAS, bukan PKR, kata Azmin
ANTARAPOS.COMPETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih memerlukan kerjasama politik dengan PAS berbanding PKR, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata PPBM dan PAS mempunyai tarikan tersendiri kepada pengundi Melayu luar bandar, justeru kerjasama antara dua parti itu penting bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14.
"Mereka (PPBM) seharusnya harus berbincang dengan PAS kerana wujud pertindihan antara dua parti itu bersabit pengundi yang disasarkan," kata Timbalan Presiden PKR itu.
"Mereka (PPBM) kena balik ke kerusi-kerusi yang majoritinya pengundi Melayu yang secara tradisi diletakkan calon PAS. Jadi mereka (PPBM) yang lebih memerlukan PAS, berbanding kita," tambah beliau kepada akhbar Malay Mail.
Sungguhpun PPBM-PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk memperincikan bidang kerjasama antara dua parti itu namun hubungan mereka masih penuh persoalan.
Ini kerana tuduhan-tuduhan melulu Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pimpinan utama PAS dan kerjasama PPBM dengan Amanah dan DAP – dua musuh politik utama PAS.
Azmin menggesa pemimpin PPBM dan PAS supaya mengenepikan sebarang perbezaan untuk memantapkan cabaran pembangkang pada PRU 14.
Beliau berkata Selangor menjadi contoh jelas 'di mana pemimpin yang berbeza pandangan masih boleh bekerjasama'.
Kerajaan negeri pimpinan Azmin merangkumi wakil DAP dan PAS walaupun dua parti itu memutuskan kerjasama politik mereka selepas PRU 13 ekoran perbalahan berterusan.
Kerjasama DAP-PAS di peringkat Selangor itu bagaimanapun dilihat semakin rapuh menjelang PRU14 dan DAP kini cuba meraih sokongan pengundi Melayu menerusi permuafakatan dengan Amanah dan PPBM.
PPBM lebih memerlukan PAS, bukan PKR, kata Azmin
Sekianlah artikel PPBM lebih memerlukan PAS, bukan PKR, kata Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PPBM lebih memerlukan PAS, bukan PKR, kata Azmin linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/ppbm-lebih-memerlukan-pas-bukan-pkr.html
0 Response to "PPBM lebih memerlukan PAS, bukan PKR, kata Azmin"
Posting Komentar