Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz

Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz
link : Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz

Baca juga


Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP dijangka tidak memberi sebarang impak kepada cubaan parti itu untuk menarik sokongan pengundi Melayu.
 
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan yakin berkata, ini kerana pengundi Melayu sendiri bijak menilai berdasarkan 'track record' Zaid sendiri yang kerap melompat parti.
 
"Dulu Umno, kemudian pergi PKR. Kemudian keluar dan tubuh parti sendiri, dan sekarang nak masuk DAP. Jadi bagi saya, saya tak memandang berat perkara ini.
 
"Orang Melayu dah 'biasa' dengan dia, dah tahu cara dia, perangai dia. Jadi saya kira tak payah takutlah dia nak masuk DAP. Impaknya kepada Melayu adalah kosong," katanya kepada Antarapos. 
 
Beliau berkata demikian mengulas sama ada penyertaan Zaid ke dalam DAP merupakan sebahagian agenda parti itu untuk meraih lebih sokongan pengundi Melayu. 
 
Zaid, bekas pengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dilaporkan akan menyertai DAP dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat dalam satu sidang media, 7 Februari ini. 
 
Menurut jemputan sidang media itu, majlis berkenaan akan turut disertai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Sumber-sumber DAP mengesahkan Zaid sudah pun memohon memasuki parti itu yang sebelum ini kehilangan beberapa pemimpin Melayu.
 
Kemasukannya ke dalam DAP dilihat bertujuan menghakis tanggapan umum bahawa DAP terlampau berteraskan kaum Cina dan tidak memberi ruang kepada ahli Melayu.
 
Setelah meninggalkan Umno, Zaid menyertai PKR pada 2009 dan diberi peluang oleh parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kurang setahun kemudian.
 
Bagaimanapun beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan.
 
Zaid kemudian bertindak keluar daripada PKR selepas mengkritik kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali secara terbuka.
 
Beliau turut mendakwa pemilihan PKR tidak telus dan sarat dengan penipuan.
 
Pada Disember 2010, Zaid menubuhkan KITA namun parti pembangkang itu gagal menunjukkan sebarang impak dan dibelit dengan perbalahan dalaman.
 
 


Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz

Sekianlah artikel Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/zaid-tak-mungkin-pancing-undi-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zaid tak mungkin pancing undi Melayu untuk DAP - Tunku Aziz"

Posting Komentar