Judul : Parti Amanah Rompin Menggesa Aktiviti Perlombongan Bauksit Di Hentikan Terus
link : Parti Amanah Rompin Menggesa Aktiviti Perlombongan Bauksit Di Hentikan Terus
Parti Amanah Rompin Menggesa Aktiviti Perlombongan Bauksit Di Hentikan Terus
KUALA ROMPIN: Parti Amanah Negara (Amanah) Rompin menggesa supaya kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan dihentikan terus berikutan kes tiga kanak-kanak lemas di kolam takungan bekas perlombongan bauksit, baru-baru ini.
Naib Pengerusinya, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, tragedi di Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan melibatkan dua kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki itu amat mengejutkan dan perlu diambil iktibar semua pihak.
"Tragedi ini adalah hasil berbentuk kemusnahan yang telah dituai hari ini bagi kegiatan perlombongan bauksit, tiga kanak-kanak tidak berdosa menjadi korban.
"Industri perlombongan bauksit yang merbahaya ini mesti dihentikan terus dan apakah berbaloi keuntungan wang ringgit dengan mengorbankan nyawa rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.
Dalam pada itu, Amanah Rompin turut menzahirkan kebimbangan sekiranya industri itu diteruskan kemungkinan jumlah nyawa yang terkorban akan bertambah.
Beliau turut menyeru kepada para peneroka terlibat yang telah memajak atau menjual tanah diminta berfikir atau mempertimbangkannya semula bagi mengelak kejadian seumpanya berulang lagi.
Pada 4 Februari lalu, cuti hujung minggu lima sekawan berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka lemas di kolam takungan bekas perlombongan bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua beradik, Sasabella Zulhairi, 12, dan adiknya Mahadir Mohd berusia tujuh tahun serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, ditemui lemas oleh orang awam di kawasan tersebut. #sumber
Parti Amanah Rompin Menggesa Aktiviti Perlombongan Bauksit Di Hentikan Terus
Sekianlah artikel Parti Amanah Rompin Menggesa Aktiviti Perlombongan Bauksit Di Hentikan Terus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Parti Amanah Rompin Menggesa Aktiviti Perlombongan Bauksit Di Hentikan Terus linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/parti-amanah-rompin-menggesa-aktiviti.html
0 Response to "Parti Amanah Rompin Menggesa Aktiviti Perlombongan Bauksit Di Hentikan Terus"
Posting Komentar