Judul : Penduduk Felda Bukit Goh Resah, "Kolam Bauksit" Hanya 50 Meter Dari Rumah
link : Penduduk Felda Bukit Goh Resah, "Kolam Bauksit" Hanya 50 Meter Dari Rumah
Penduduk Felda Bukit Goh Resah, "Kolam Bauksit" Hanya 50 Meter Dari Rumah
Kolam tersebut terbentuk akibat kerja mengorek bauksit dan ditinggalkan tanpa ditambun kembali selepas aktiviti itu dihentikan sejak tahun lepas.
Pengerusi JKKK Felda Bukit Goh, Mat Zahari Deraman berkata, walaupun tidak mempunyai takungan air yang banyak namun ketinggian tebing kolam hampir lima meter itu mengundang risiko bahaya.
Menurutnya, kedalaman kolam boleh meragut nyawa terutama kanak-kanak sekiranya terjatuh kerana terlalu hampir dengan rumah penduduk.
"Waktu musim hujan mesti lagi banyak air bertakung berbanding sekarang kerana hujan jarang.
"Melihat pada ketinggian tebing kolam, sudah pasti membahayakan nyawa jika ada yang terjatuh. Sepatutnya pengusaha bauksit menambun semula tanah yang dikorek dan jangan tinggalkan kolam sebegini,"katanya.
Mat Zahari berkata, kawasan berkenaan dahulunya adalah ladang kelapa sawit milik peneroka sebelum aktiviti mengorek bauksit dilakukan.
Menurutnya, ladang tersebut masih hak milik peneroka kerana persetujuan dengan pengusaha bauksit hanya melibatkan pengeluaran bahan mineral itu.
"Diharap agar bekas pengusaha bauksit menambun semula kolam-kolam yang terbentuk akibat kerja mengorek bauksit dulu demi keselamatan penduduk,"katanya. #sumber
Penduduk Felda Bukit Goh Resah, "Kolam Bauksit" Hanya 50 Meter Dari Rumah
Sekianlah artikel Penduduk Felda Bukit Goh Resah, "Kolam Bauksit" Hanya 50 Meter Dari Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Penduduk Felda Bukit Goh Resah, "Kolam Bauksit" Hanya 50 Meter Dari Rumah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/penduduk-felda-bukit-goh-resah-kolam.html
0 Response to "Penduduk Felda Bukit Goh Resah, "Kolam Bauksit" Hanya 50 Meter Dari Rumah"
Posting Komentar