ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN

ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN
link : ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN

Baca juga


ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN

Pihak Istana dilihat kurang senang dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali apabila secara jelas memuji pentabiran bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu boleh disimpulkan pihak istana tidak suka cara berpolitik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan, termasuk cara Khalid disingkirkan daripada jawatan menteri besar pada 2014.

“Khalid nampak lebih setia dan menjunjung sumpahnya semasa memegang lembing sang buana.

“Azmin lebih mirip berpegang kepada prinsip-prinsip Mahabharata dan John Locke, di mana semua orang adalah sama. Ini tidak sesuai dengan konsep raja berperlembagaan yang kita amalkan,” katanya dipetik media.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Sultan Selangor yang memuji kesetiaan Khalid dan terkejut dengan penyingkirannya tiga tahun lalu.

Sultan Sharafuddin turut menyifatkan penyingkiran Khalid sebagai episod paling mencabar dalam politik Selangor.

“Saya tidak percaya apa yang berlaku khasnya kepada Khalid. Beliau sangat setia dan tiba-tiba disingkirkan.

“Mungkin ada agenda tersembunyi, mungkin saya bukan ahli politik dan itu perkara yang saya tidak faham,” katanya kepada The Star sempena Hari Keputeraan ke-72.

Khalid menyertai UMNO sekitar 1990-an sebelum melompat ke PKR sekitar 2000.

Beliau dilantik sebagai menteri besar Selangor susulan kejayaan Pakatan Rakyat menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

Khalid bagaimanapun melepaskan jawatan menteri besar pada 26 Ogos 2014 susulan krisis dalaman parti reformasi itu, selepas dipecat daripada PKR kerana melanggar arahan parti untuk memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui Selangor.


ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN

Sekianlah artikel ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/istana-beri-isyarat-kurang-senang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN"

Posting Komentar