Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam

Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam
link : Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam

Baca juga


Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam

KUANTAN: Ibu bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati lemas di bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di sini Sabtu lalu, melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.
Peguam Mohd Harris Abdullah berkata beliau berjumpa dan mendapat kebenaran Mohd Sharif Awang Ngah, 50, dan Nor Habibah Aidil, 50, serta Aidil Omar, 78, iaitu ibu bapa dan datuk Nureen Ain Juwita, 10, seorang daripada mangsa kejadian itu.
Beliau menambah Zuhairi Syukor, 51, dan isteri Nor Azilah Muzaffar Shah, 32, menerusi panggilan telefon juga memberi kelulusan kepadanya untuk mendapatkan keadilan terhadap kematian anak mereka iaitu Salsabila, 12, dan Mahathir Mohamad, 7.
“Selepas mendapat kebenaran keluarga, kita akan memulakan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Setakat ini, berdasarkan kenyataan awal, pemilik tanah berada di Pulau Pinang.
“Kita juga akan menyiasat siapa pemegang lesen di situ. Difahamkan lesen daripada PTG (Pejabat Tanah dan Galian negeri) adalah bagi kerja mengalih tanah, bukan melombong,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Beliau juga tidak menolak akan memfailkan saman terhadap PTG Pahang jika didapati berlaku kecuaian agensi itu kerana mengeluarkan lesen tanpa pemantauan yang sewajarnya.
“Bagaimanapun, semuanya akan diperincikan sebelum memfailkan saman. Kita menjangkakan siasatan akan mengambil masa selama sebulan sebelum diikuti tindakan seterusnya,” katanya.
Pada 5 petang Sabtu lalu, 3 kanak-kanak itu ditemukan lemas di lombong terbabit dipercayai selepas cuba mengambil seluar adik Salsabila, Mohamad Aiman Hakimi, 10, yang terjatuh ke dalam lombong itu.
Lombong berkenaan yang terletak berhampiran kawasan perumahan mereka dipercayai beroperasi secara haram di atas tanah persendirian sebelum ditinggalkan sejak tempoh moratorium bauksit berkuat kuasa pada 15 Jan 2016. #sumber


Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam

Sekianlah artikel Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/keluarga-tiga-kanak-kanak-lemas-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Tapak Lombong Bauksit Lantik Peguam"

Posting Komentar