Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan

Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan
link : Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan

Baca juga


Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan

Selepas Datuk Seri Najib Razak, kini giliran Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pula mengecam Datuk Seri Azmin Ali berhubung isu peletakan jawatan menteri kanan yang dinyatakan menteri besar Selangor itu.

“Saya pun ada dengar dia nak letak jawatan menteri besar Selangor! Saya dengar dia akan letak jawatan. Jadi, samalah.

“Saya (memang) berbohong tapi saya beritahu kamu. Ini pembangkang tak guna,” katanya di majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Flat Seri Penara, Bandar Tun Razak hari ini.

Tengku Adnan adalah menteri Wilayah Persekutuan.

Petang semalam Azmin mencetuskan tanda tanya apabila mendakwa ada seorang menteri kanan “telah meletak jawatan” tetapi dia tidak mendedahkan sebarang identiti tokoh terbabit.

Kata timbalan presiden PKR itu, tindakan berkenaan dibuat kerana tokoh terbabit “tidak mahu bersubahat dengan 1MDB”.

Ia mencetuskan pelbagai spekulasi dan beberapa nama menteri kanan – terutama dari parti Umno – disebut-sebut.

Malam tadi perdana menteri mengesahkan tiada mana-mana menteri memberitahunya ingin meletak jawatan.

Kecuali Azmin mendedahkan nama menteri dimaksudkan itu, kata Najib, menteri besar Selangor itu akan dianggap berbohong.

Namun Azmin bertegas dengan kenyataan itu.

Katanya, menteri terbabit memaklumkan sendiri keputusannya meletak jawatan dan identiti tokoh berkenaan akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Dalam tweet beliau menjelang tengah malam tadi, sekali lagi Azmin seakan-akan mengusik Najib.

“Jangan terlalu teruja @NajibRazak. Bertenang. Kebenaran akan terserlah,” katanya.

Azmin juga menulis selepas itu: “Baru tanya pun dia nak panic. Apa maksudnya?”

Tengku Adnan berkata beliau adalah sebahagian daripada anggota kabinet.

“Saya ada dalam kabinet (sebagai menteri). Memang tak ada (menteri letak jawatan) sampai perdana menteri kena keluarkan kenyataan menafikan.

“Ini pembohong besar… MB Selangor,” katanya pula semasa berucap di majlis berasingan di Cheras hari ini.

Sementara itu mengulas kedudukan Datuk Jamal Md Yunos yang meletakkan jawatannya sebagai ketua Umno Sungai Besar, Tengku Adnan berkata, belum ada keputusan dibuat oleh pimpinan tertinggi parti mengenai.

Katanya, Majlis Tertinggi Umno belum menerima peletakan Jamal.

“Belum lagi, belum lagi,” katanya.

Ekoran penahanan polis berhubung siasatan kes samun berkumpulan, Jamal menyatakan hasratnya melepaskan jawatan dalam parti pada Selasa lalu.

Bagaimanapun Ketua Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, ia belum diputuskan oleh partinya.


Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan

Sekianlah artikel Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/apa-kata-kita-kata-azmin-ali-nak-letak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Apa kata Kita kata Azmin Ali Nak Letak Jawatan Sebagai MB....Sebarkan"

Posting Komentar