"Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz

"Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz
link : "Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz

Baca juga


"Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz

KUALA LUMPUR: Setiausaha Akhbar Perdana Menteri gagal membatalkan saman fitnah terhadapnya oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar berkata terdapat isu yang akan ditentukan walaupun beliau membenarkan permohonan Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengeluarkan dua artikel kontroversi dalam satu kenyataan dakwaan Mukhriz.
“Dua artikel lagi, terdapat isu boleh dibicarakan yang akan ditentukan semasa perbicaraan,” kata beliau.
Tengku Sariffuddin memohon pembatalan saman itu dengan mengeluarkan 4 kenyataan akhbar yang disebut Mukhriz.
Roslan berkata, kedua-dua artikel pertama yang dikaitkan dengan Tengku Sariffuddin tidak berunsur fitnah kerana ia tidak merujuk kepada Mukhriz.
Dalam perkembangan berkaitan, hakim menetapkan 15 Mac untuk mendengar permohonan Mukhriz bagi mendapatkan keterangan lanjut dan terperinci terhadap pembelaan yang difailkan Tengku Sarifuddin.
Pada 3 Mei tahun lepas, Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, memfailkan saman berhubung 4 kenyataan media Tengku Sariffuddin yang dikeluarkan pada April 15, 20, 23, dan 26.
Empat siaran media itu adalah “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister”, “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Former DPM’s Reuters Interview”, “Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister’s Press Secretary” dan “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamed and Mukhriz Mahathir”.
Dalam pembelaannya, Tengku Sarifuddin berkata beliau tidak pernah memfitnah Mukhriz dalam mana-mana kenyataan medianya yang mahu menjelaskan isu dan berita tidak benar yang tersebar mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tengku Sharifuddin, 54, berkata kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat dan tanpa niat jahat.
Beliau berkata, kenyataan media dibuat atas sifat rasminya untuk mengelakkan khabar angin atau tuduhan politik terhadap perdana menteri.
Peguam Tengku Sharifuddin, Jahaberdeen Mohamed Yunoos kemudian memberitahu wartawan, beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada untuk membuat rayuan.
Sementara itu, peguam Mukhriz, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata beliau bersedia untuk kes itu dibicarakan walaupun dengan dua kenyataan akhbar dikeluarkan. #sumber


"Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz

Sekianlah artikel "Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/setiausaha-akhbar-najib-gagal-batalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Setiausaha Akhbar" Najib Gagal Batalkan "Saman Fitnah" Di Buat Mukhriz"

Posting Komentar