Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat

Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat
link : Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat

Baca juga


Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat

KUALA LUMPUR: Tiada halangan untuk PAS menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini asalkan mereka mengikut peraturan ditetapkan dan mendapat kebenaran polis serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pihak menganjurkan perhimpunan atau demonstrasi bagi menyokong atau membantah sesuatu perkara atau isu, asalkan mereka mematuhi akta dan peraturan berkaitan.
“Pada saya, mereka berhak berbuat demikian…asalkan mengikut syarat dan mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persembahan Gendang 24 Perayaan terbesar di dunia, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin di Kampung Pandan, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai himpunan mega yang akan diadakan di Dataran Meander pada bulan depan bagi memberi penerangan kepada orang ramai, khususnya umat Islam mengenai usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Platform itu akan digunakan untuk memperjelaskan kewajaran usul RUU persendirian yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pindaan akta itu dan mengapa ia mesti disokong semua umat Islam, khususnya ahli Parlimen.
Sementara itu, persembahan Gendang 24 Perayaan terbesar di dunia itu yang disertai 388 peserta pelbagai bangsa dan peringkat umur turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Persembahan gendang tersebut kini tidak lagi dilihat sebagai hak mutlak dalam kebudayaan kaum Cina, malah kaum Melayu dan India turut menyertai pasukan persembahan tersebut.
Senario itu secara tidak langsung menjadi perantara dalam usaha memupuk semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. #sumber


Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat

Sekianlah artikel Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/nazri-pas-boleh-berhimpun-di-dataran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat"

Posting Komentar