INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR

INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR
link : INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR

Baca juga


INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mengusir keluarga atau individu yang bertanggungjawab mencampak kerusi dari tingkat atas pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai di Pantai Dalam pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor, berkata pihak berkuasa tempatan itu boleh bertindak begitu mengikut Undang-undang Kecil Perumahan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kesalahan yang dibuat adalah jenayah dan pelaku akan menerima hukuman yang setimpal.

“Pada masa sama, ketua keluarga juga tidak terlepas daripada tindakan di bawah akta yang ditetapkan,” kata Wan Mohammad dipetik Sinar Harian.

Dalam kejadian kira-kira 8.10 malam pada 15 Jan lalu itu, S Sathiswaran, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala akibat dihempap sebuah kerusi.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata tindakan tegas perlu diambil.

Beliau juga memaklumkan ia adalah kejadian pertama membabitkan kematian akibat objek yang dibaling dari tingkat atas PPR.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Wan Mohammad berkata pihaknya dalam proses memasang bumbung berjaring di PPR berkenaan.

“Ia akan disiapkan dalam tempoh terdekat dan jaring-jaring berkenaan akan dipasang di lokasi laluan penduduk sebagai pelindung,” katanya.

DBKL pula katanya akan menyita barang-barang penghuni PPR yang diletakkan di koridor termasuk mengedarkan notis peringatan ulangan larangan meletak barang-barang di luar unit masing-masing.


INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR

Sekianlah artikel INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/individu-yang-membaling-kerusi-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "INDIVIDU YANG MEMBALING KERUSI DARI TINGKAT ATAS PPR BOLEH DIUSIR"

Posting Komentar