Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul

Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul
link : Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul

Baca juga


Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul


 

 
 

“Kita akan menang semua, dapat kerusi gred A, kata AMANAH selepas dapat kerusi paling sikit”, inilah tajuk laporan portal berita Malaysia Date Line tulisan Arif Atan pada 7 Januari 2018 bila AMANAH diumumkan hanya diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada hari itu. Laporan portal berita ini memetik Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, sebagai berkata beliau “yakin akan memenangi kesemua 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada AMANAH pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti” selain memetik Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, sebagai berkata “kerusi yang AMANAH dapat adalah kerusi yang berpotensi tinggi boleh menang”.

Alih-alih semalam, 23 Januari 2018, portal berita The Malaysian Insight, dalam laporan yang ditulis oleh Zulkifli Sulong, memetik “sumber AMANAH” sebagai memaklumkan bahawa “mereka hampir selesai mengkaji kesemua 27 kerusi Parlimen yang akan ditandingi AMANAH” di mana “daripada 27 kerusi yang diperolehi AMANAH, mereka meletakkan enam kerusi di gred A, 16 di gred B manakala lima kerusi di gred C dan D”.

Ke mana perginya kata-kata Presiden AMANAH dan Pengarah Komunikasi AMANAH sebelum ini bahawa AMANAH yakin akan memenangi kesemua 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepadanya kerana kesemua 27 kerusi Parlimen ini adalah “kerusi gred A”?

Kenapa sekarang, setelah dua minggu agihan kerusi ini diumumkan, baru disebut bahawa sebenarnya bukan kesemua 27 kerusi Parlimen AMANAH ini adalah “kerusi gred A”, tetapi hanya enam kerusi sahaja “kerusi gred A” manakala 21 kerusi lagi “kerusi gred B, C dan D”?

Inilah bahananya bila lebih lajak dari laju bila bercakap sehingga belum apa-apa lagi pemimpin tertinggi AMANAH sudah terpaksa menelan kata-kata sendiri pula.

Jangan nanti selepas ini bilangan enam kerusi yang dikategorikan sebagai “kerusi gred A” ini juga akan bertukar menjadi “kerusi gred B, C dan D” sudahlah.

*Dr Kamarul Zaman Yusoff,Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).




Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul

Sekianlah artikel Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/cakap-besar-amanah-tidak-sepadan-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cakap Besar Amanah Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi – Dr Kamarul"

Posting Komentar