Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik

Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik
link : Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik

Baca juga


Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik

AKHBAR RAKYAT

 
Oleh RAFIZI RAMLI

Saya mendapat banyak keluhan dan aduan dari ibu bapa yang tidak berpuas hati apabila mereka diarah untuk hadir ke majlis-majlis menerima surat tawaran kemasukan MRSM di pejabat-pejabat Umno di seluruh negara.


Perkara ini turut dilaporkan oleh Sinar Harian pada hari Isnin  baru ini, seperti laporan majlis yang diadakan sendiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu menteri yang bertanggungjawab menguruskan Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti paparan skrin berikut:

Saya dapati di seluruh negara sejak minggu lalu, pimpinan UMNO di bahagian-bahagian telah ditugaskan oleh MARA untuk menyampaikan surat tawaran ini kepada ibu bapa yang diarahkan hadir ke dewan-dewan UMNO untuk mengambil surat tawaran tersebut; atau ke dewan lain yang keseluruhannya dikendalikan oleh UMNO.

Bukti yang saya boleh kongsikan di sini:

Majlis yang bernama “Majlis Penyampaian Sijil Kemasukan Pelajar Baru Ke MRSM” yang disempurnakan oleh Dato’ Haji Abdul Rahim Haji Saad, Ketua Bahagian UMNO Sungai Petani, pada hari Khamis 18 Januari 2018

Majlis yang sama di Kepala Batas oleh Datuk Reezal Marican Naina Marican, Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas, dilaporkan pada hari Sabtu lepas

Saya meminta supaya pihak MARA menghentikan dengan segera majlis yang membuang masa dan wang rakyat ini kerana surat tawaran boleh sahaja dihantar melalui pos atau dimuat turun melalui laman web, tanpa menganjurkan majlis khusus yang melibatkan pimpinan UMNO bahagian.
Ada dua perkara utama yang mewajarkan bantahan kepada majlis-majlis seperti ini:

i. Penganjurannya membuang dana rakyat dan masa kakitangan MARA yang sepatutnya menumpukan dana dan tenaga untuk membantu banyak lagi penuntut-penuntut MARA serta kakitangan MARA yang terkesan dari pemotongan peruntukan kepada MARA; dan

ii. Penyalahgunaan MARA bagi tujuan berpolitik adalah sangat tidak kena terutamanya dalam keadaan tokoh-tokoh UMNO masih belum menjelaskan sebaiknya bagaimana dana MARA berjumlah ratusan juta ringgit hangus begitu sahaja dalam pelaburan-pelaburan hartanah yang menipu dana MARA di luar negara.

Saya mendesak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kepada orang ramai berapa dana MARA yang telah dibelanjakan setakat ini untuk program yang membuang masa ibu bapa dan membazirkan wang rakyat ini; dan supaya beliau mengeluarkan arahan menghentikannya dengan serta merta.



Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik

Sekianlah artikel Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/umno-guna-surat-tawaran-kemasukan-mrsm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Umno Guna Surat Tawaran Kemasukan MRSM Untuk Kepentingan Politik"

Posting Komentar