Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut

Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut
link : Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut

Baca juga


Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut

MALAYSIAKINI


Kumpulan-kumpulan wartawan hari ini menuntut Jabatan Perhutanan Kelantan memuat siasatan berkaitan tangkapan dua wartawan di Gua Musang, Kelantan, Selasa lalu.

Ini susulan kenyataan seorang wartawan itu bahawa seorang pegawai jabatan itu memberi amaran supaya mereka tidak berlagak seperti Bruno Manser – aktivis antipembalakan di Sarawak yang hilang 17 tahun lalu.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Institut Wartawan Malaysia (IoJ), Kelab Koresponden Asing Malaysia (FCCM) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM).

Tiga kumpulan itu juga membangkitkan dakwaan petugas media itu – Chi Too dan Jules Ong – yang tidak dibenarkan berjumpa peguam Siti Kasim, yang bertindak bagi pihak mereka ketika penahanan itu.

Chi Too juga mendakwa mereka diikuti kira-kira seminggu sebelum penahanan itu.

“Kami tidak menyokong tindakan menyalahi undang-undang, tetapi kami tegaskan layanan kasar terhadap wartawan-wartawan, dalam kes ini Ong dan Chi Too amat tidak perlu, terutamanya apabila mereka melaporkan isu melibatkan kepentingan awam.

“Kami juga mendesak Jabatan Perhutanan Kelantan menyiasat insiden melibatkan pegawai yang didakwa mengeluarkan ancaman kepada Chi Too,” kata kumpulan-kumpulan itu.

IoJ, FCCM dan GERAMM menegaskan wartawan harus dilayan dengan penuh hormat manakala pegawai-pegawai dan jabatan kerajaan harus bertanggungjawab atas tindakan mereka.



Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut

Sekianlah artikel Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/kumpulan-media-tuntut-siasat-dakwaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kumpulan media tuntut siasat dakwaan wartawan diugut"

Posting Komentar