Judul : Zaid: Periksa Kebersihan Tandas Masjid, Bukan Pasangan Khalwat !
link : Zaid: Periksa Kebersihan Tandas Masjid, Bukan Pasangan Khalwat !
Zaid: Periksa Kebersihan Tandas Masjid, Bukan Pasangan Khalwat !
PETALING JAYA: Pegawai penguatkuasa agama perlu berhenti menghukum umat Islam yang melakukan kesalahan khalwat, sebaliknya lebih baik menjalankan kerja yang menguntungkan masyarakat Islam seperti menangani masalah kebersihan tandas, kata Datuk Zaid Ibrahim.
“Pegawai agama lebih baik guna kakitangan dan wang mereka memeriksa tandas di masjid. Pastikan tandas bersih, dan graduan sekolah agama boleh cari kerja lain,” tulis bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam blognya hari ini.
“Daripada menangkap pasangan ghairah dan mengakibatkan kehilangan nyawa, lakukanlah sesuatu yang baik dan berguna untuk masyarakat,” katanya.
Beliau mengulas insiden Selasa lalu yang mengakibatkan seorang terbunuh ketika cuba mengelak tangkapan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Dalam kejadian itu, seorang anggota polis maut selepas terjun dari tingkat 4 sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, Cheras, ketika cuba mengelak pemeriksaan pegawai Jais. Pada hari sama, di Puchong, seorang lagi anggota polis cedera selepas cuba mengelak serbuan Jais.
Semalam, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim mempertahankan tindakan pegawainya menjalankan operasi cegah khalwat, dan berkata pihaknya berpandukan prosedur (SOP).
“Jais bukannya membuat ‘serbuan’ seperti serbuan di tempat sensitif atau serbuan di kawasan penjenayah,” katanya.
Zaid berkata umat Islam di Malaysia perlu bangkit menentang tindakan pihak berkuasa agama yang melakukan serbuan terhadap pasangan berkhalwat, dan mencabar undang-undang yang membenarkan pegawai agama berbuat demikian.
“Walaupun hubungan seks haram tidak digalakkan, terjun dari tingkap sehingga mengakibatkan kecederaan tubuh badan bukan respon yang rasional.
“Orang Melayu perlu sedar bila mereka patut berasa malu,” kata Zaid, dan menambah banyak perkara lain yang memalukan seperti kegagalan pihak pemerintah memenuhi tanggungjawab mereka.
“Contohnya, Melayu perlu berasa malu terhadap pemimpin mereka yang sewenang-wenang memberikan permit balak kepada tauke kaya tanpa menghiraukan ia akan membinasakan kehidupan tradisi Orang Asli,” katanya dipercayai merujuk tindakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang cuba menamatkan protes Orang Asli membantah pencerobohan tanah adat di Gua Musang.
“Melayu perlu malu bila mereka mengangkat kepimpinan korup,” katanya.
Sebelum ini, mengulas kejadian malang yang menimpa suspek khalwat ketika diserbu pegawai agama, peguam Azhar Harun berkata ia berpunca daripada rasa malu umat Islam di Malaysia terhadap kesalahan itu.
Menurutnya, walaupun hukuman kesalahan khalwat tidak berat, stigma terhadap pesalah boleh menghancurkan masa depan mereka.
“Gambar mereka terpampang di semua akhbar, tabloid, majalah dan (rancangan TV3) 999,” kata peguam yang juga dikenali sebagai Art Harun itu.
Art berkata ini menyebabkan khalwat dianggap lebih serius berbanding jenayah lain seperti mencuri.
“Sekiranya anda didakwa mencuri, reputasi anda masih okay,” tambahnya.
Zaid berkata kebanyakan pasangan yang ditangkap khalwat biasanya mengaku bersalah dan membayar denda kerana mahu menjaga nama baik keluarga.
Bagaimanapun, beliau berpendapat lebih baik mereka mencabar keabsahan undang-undang mengenai khalwat dari segi perlembagaan.
“Melayu mesti berjuang untuk hak mereka. Mereka juga manusia biasa seperti orang lain, dan melakukan dosa kecil di sana sini. Tetapi perlukah semua dosa dianggap jenayah di negara ini?” soal Zaid. #sumber
Zaid: Periksa Kebersihan Tandas Masjid, Bukan Pasangan Khalwat !
Sekianlah artikel Zaid: Periksa Kebersihan Tandas Masjid, Bukan Pasangan Khalwat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Zaid: Periksa Kebersihan Tandas Masjid, Bukan Pasangan Khalwat ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/zaid-periksa-kebersihan-tandas-masjid.html
0 Response to "Zaid: Periksa Kebersihan Tandas Masjid, Bukan Pasangan Khalwat !"
Posting Komentar