Judul : Mufti Selangor Pertahan Operasi Khalwat, "Tutup Pintu Maksiat" !
link : Mufti Selangor Pertahan Operasi Khalwat, "Tutup Pintu Maksiat" !
Mufti Selangor Pertahan Operasi Khalwat, "Tutup Pintu Maksiat" !
PETALING JAYA: Mufti Selangor menyifatkan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang menggesa penguat kuasa agama tidak menghukum pasangan berkhalwat sebagai tidak bertanggungjawab kerana umat Islam sepatutnya membantu membanteras sebarang kemungkaran dan maksiat.
“Pintu-pintu yang membawa kepada kemungkaran itu perlu ditutup. Kenapa boleh berlaku kemungkaran yang berleluasa?
“Kena difikirkan secara bersama supaya mana-mana sumber yang boleh menyebabkan orang melakukan maksiat disekat,” kata Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid ketika dihubungi hari ini.
Zaid dilaporkan berkata, penguat kuasa agama perlu berhenti menghukum umat Islam yang melakukan kesalahan khalwat, sebaliknya lebih baik mereka melakukan kerja menguntungkan masyarakat Islam seperti menangani masalah kebersihan tandas.
“Pegawai agama lebih baik guna kakitangan dan wang mereka memeriksa tandas di masjid. Pastikan tandas bersih dan graduan sekolah agama boleh cari kerja lain,” tulis bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di blognya hari ini.
Tamyes berkata, tugas membanteras tindakan mungkar dan maksiat itu tidak sepatutnya disandarkan kepada penguat kuasa sahaja.
“Kita semua bertanggungjawab. Melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran itu difokuskan kepada semua umat Islam.
“Maknanya kalau semua bekerja, semua mengambil tindakan yang sewajarnya, saya percaya kalau berlaku sebarang kemaksiatan di kawasan sendiri, kalau kita sama-sama bertanggungjawab, saya percaya tidak akan berlaku insiden atau sebarang kemungkaran,” katanya.
Ia susulan kematian seorang anggota polis yang maut selepas terjun dari tingkat 4 sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, Cheras, Selasa lalu, ketika cuba mengelak ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Pada hari sama, di Puchong, seorang lagi anggota polis cedera selepas cuba mengelak serbuan Jais.
Semalam, Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim mempertahankan tindakan pegawainya menjalankan operasi cegah khalwat dan berkata ia berpandukan prosedur operasi standard (SOP). #sumber
Mufti Selangor Pertahan Operasi Khalwat, "Tutup Pintu Maksiat" !
Sekianlah artikel Mufti Selangor Pertahan Operasi Khalwat, "Tutup Pintu Maksiat" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mufti Selangor Pertahan Operasi Khalwat, "Tutup Pintu Maksiat" ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mufti-selangor-pertahan-operasi-khalwat.html
0 Response to "Mufti Selangor Pertahan Operasi Khalwat, "Tutup Pintu Maksiat" !"
Posting Komentar