Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat !

Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat !
link : Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat !

Baca juga


Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat !

KUALA LUMPUR: Hotel perlu memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa agama yang mahu membuat pemeriksaan dalam bilik hotel yang disyaki digunakan pasangan Islam bukan muhrim, kata pengusaha hotel.
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bagaimanapun berkata pihak hotel tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi tetamu, termasuk nombor bilik, ketika sebarang serbuan kesalahan “khalwat” seperti mana yang kerap dilakukan pihak berkuasa agama.
Menurut Presiden MAH, Cheah Swee Hee, hotel tidak boleh menghalang pegawai menjalankan tugas.
Baru-baru ini, serbuan pihak berkuasa agama kembali diperkatakan selepas insiden seorang pegawai polis maut selepas terjun dari tingkat atas pangsapuri ketika cuba melarikan diri daripada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Tindakan menyerbu dan memerika bilik dan kediaman menjadi kontroversi dan dipersoalkan sesetengah pihak yang menganggap ia melanggari hak privasi.
Menurut Cheah, pegawai agama akan memberitahu pengurusan hotel bilik mana yang mereka hendak serbu, dan mereka akan diiringi pengawal keselamatan hotel ke bilik berkenaan.
“Pihak berkuasa agama kemudian akan mengetuk pintu dan minta untuk masuk, dan biasanya tetamu akan patuh arahan itu. Hotel tidak dibenarkan membuka pintu bilik berkenaan untuk pihak berkuasa tetamu,” katanya.
Cheah berkata hotel juga terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) untuk melindungi maklumat tetamu.
“Ini bermakna pihak berkuasa agama tidak boleh bertanya siapa menginap di bilik tertentu. Kami tidak boleh mendedahkan maklumat seperti itu.
“Pihak berkuasa agama tidak boleh ketuk dari pintu ke pintu,” katanya.
Beliau berkata sebelum ini, pihak penguat kuasa agama ditemani polis, tetapi kini difahamkan mereka datang bersendirian.
Dalam kejadian awal pagi Selasa, seorang anggota polis maut selepas terjun dari tingkat 4 sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, Cheras, ketika cuba mengelak pemeriksaan pegawai Jais.
Pada hari sama, di Puchong, seorang lagi anggota polis cedera selepas cuba mengelak serbuan Jais.
Semalam, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim mempertahankan tindakan pegawainya menjalankan operasi cegah khalwat, dan berkata pihaknya berpandukan prosedur (SOP).
“Jais bukannya membuat ‘serbuan’ seperti serbuan di tempat sensitif atau serbuan di kawasan penjenayah,” katanya 


Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat !

Sekianlah artikel Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/hotel-benarkan-pihak-berkuasa-agama.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hotel "Benarkan" Pihak Berkuasa Agama Jalankan Operasi Khalwat !"

Posting Komentar