Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya?

Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya?
link : Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya?

Baca juga


Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya?

Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya? Hasrat Umno Kelantan  untuk memulihkan tiga parlimen "kelabu" seperti dinyatakan pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini bukan suatu perkara yang mudah.

Beliau menyasarkan tiga kawasan parlimen iaitu Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai yang merupakan kawasa Umno tewas kurang dari 1000 undi pada pilihan raya umum ke-13(PRU13).

Timbalan pengerusi Amanah Kelantan Mohamad Husain menganggap impian seperti itu menunjukkan Umno semakin jauh dari bersama denyut nadi masyarakat bawahan.

Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya? "Rakyat yang kini begitu teruk berhadapan dengan tekanan ekonomi bukan senang untuk kembali menyokong Umno," katanya.

Dalam pilihan raya yang lalu Umno tewas dengan majoriti 201 undi di Bachok, 1888 undi di Pasir Puteh dan 2043 undi di Kuala Krai.

Menurut Mohamad keputusan yang diperolehi Umno dalam pilihan raya berkenaan adalah faktor peralihan pemimpin Umno dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak.

"Semangat Umno dan segolongan rakyat untuk bersama perdana menteri yang baru memang mempunyai impak yang maksima pada waktu itu.

"Kini keadaan telah berbeza sama sekali di mana kepimpinan Najib telah dirasai bahananya hingga ke peringkat akar umbi," katanya.

Situasi perit yang kini melanda golongan bawahan katanya, hanya menunggu mereka luahkan di peti undi bila datang pilihan raya.


Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya?


"Harga makanan naik mendadak seperti tiada kawalan, misalnya kos sarapan pagi di kedai kopi kini mencecah RM10 seorang sedangkan sebelum ini hanya RM2 atau RM3 sahaja.

"Kos anak-anak belajar di sekolah dan IPT juga naik mendadak di mana ibu bapa yang dulunya tidak perlu menghantar belanja makan kepada anak-anak yang menuntut di IPT, kini terpaksa berbuat demikian dan semakin banyak kedengaran para pelajar berhenti belajar kerana ibu bapa tidak mampu menanggung perbelanjaan," katanya.

Di parlimen Bachok menurut Mohamad, Umno semakin jelas tidak ada faktor baru untuk melonjakkan sokongan.

"Tokoh-tokoh luput tarikh yang nampaknya mahu terus ditonjolkan Umno seperti Dr Awang Adek dan Dr Ilias tidak mampu memberi nilai tambah apa-apa kepada Umno.

"Sebaik kalah pilihan raya tokoh-tokoh ini lenyap dari bergelumang dengan rakyat dan hanya kembali dengan janji-janji muluk apabila dekat dengan pilihan raya seperti sekarang.

"Tidak nampak langsung penonjolan tokoh-tokoh baru yang lebih mesra rakyat," katanya.

Di Pasir Puteh pula, Umno dilihat kucar kacir apabila percubaan membawa Datuk Dr Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki katanya mendapat reaksi negatif dari pemimpin pertengahan dan bawahan.

"Ramai yang jumpa saya mengeluh dan memprotes "apa anak-anak Pasir Puteh bodoh belaka?" dan ada sebilangan mereka telah keluar parti dengan menyertai Amanah dan Bersatu.

"Beberapa cawangan Amanah yang baru kita tubuhkan diketuai oleh bekas-bekas pemimpin Umno," katanya.

Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya?


Beliau turut terkejut apabila Kuala Krai turut jadi sasaran Umno.

"Keperitan masyarakat di kawasan ini sejak kejatuhan harga getah memang menjadikan kawasan ini dari "kelabu" kepada "hitam" bagi Umno.

"Kesukaran di kawasan pedalaman yang bergantung kepada sumber pertanian amat menyedihkan kerana ketika semua barang yang perlu dibeli naik melambung, harga hasil-hasil pertanian mereka jatuh merudum," katanya.

Dalam menghadapi situasi seperti ini, impian pemimpin atasan Umno amat sukar untuk jadi realiti.

Isu-isu besar berkait penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa kerajaan pimpinan Najib tidak mudah dianggap di luar penilaian rakyat bawahan.

Mungkin bagi pemimpin Umno, isu seperti 1MDB, kerugian Felda, cukai GST, penyelewengan tabung haji, KWSP, tabung angkatan tentera, wang amanah pencen tidak kena mengena dengan penoreh getah, petani dan nelayan.

Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya? Namun kini apabila kesukaran dihadapi mereka secara nyata dengan kenaikan harga minyak, makanan asas dan kos pendidikan anak-anak menjadikan Umno semakin jijik di mata rakyat. - md




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya?

Sekianlah artikel Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/umno-kelantan-makin-terdesak-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Umno Kelantan Makin Terdesak.. Ini Petandanya?"

Posting Komentar