PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG

PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG
link : PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG

Baca juga


PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG

Pemimpin DAP hari ini ditempelak gara – gara tindakan beliau menuding jari terhadap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhubung kejadian banjir buruk di Pulau Pinang bermula kelmarin.

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai menuduh kejadian banjir berkenaan adalah disebabkan oleh kegagalan MOSTI memberi amaran awal tehadap penduduk Pulau Pinang, namun dibidas oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang menafikan perkara tersebut.

Abu Bakar berkata, Tan Kok Wai jelas membuat tuduhan secara semberono dan tidak mengikuti perkembangan semasa kerana pihak MOSTI telah memberi amaran kuning seawal 1 November berhubung kejadian hujan lebat di negeri tadbiran DAP itu.

“Saya percaya YB Cheras hanya tahu berkenaan banjir di Pulau Pinang apabila membaca berita di media sahaja.

“Pihak MOSTI telah memasukkan amaran cuaca buruk melalui hebahan televisyen iaitu amaran kuning bermula 1 November lagi. Saya pasti YB Cheras tidak menonton tv.

“Kalau YB tidak tahu yang dimaksudkan dengan amaran kuning, boleh belajar dengan saya,” bidas Abu Bakar.

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa pihak MOSTI turut memberi amaran cuaca buruk bertukar menjadi amaran jingga pada 4 November.

“Kalau YB tidak tahu, jangan cakap bukan – bukan,” tegas Abu Bakar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP – Cheras) pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Pulau Pinang dilaporkan lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak 4 November.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.


PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG

Sekianlah artikel PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pemimpin-dap-ditempelak-gara-gara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PEMIMPIN DAP DITEMPELAK GARA – GARA SALAHKAN MOSTI AKIBAT BANJIR PULAU PINANG"

Posting Komentar