Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah

Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah
link : Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah

Baca juga


Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah

PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah, sebaliknya ia adalah hak rakyat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan BR1M sebagai rasuah.
“(BR1M) memang patut diberikan kepada rakyat. Ia bukan rasuah. Ia adalah hak rakyat.
“Jika rakyat layak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan, ia patut diberikan kepada mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Ahad lalu, bekas Perdana Menteri dilaporkan mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.
Pemimpin Barisan Nasional (BN) tampil mengecam dakwaan itu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mempersendakan Dr Mahathir tidak dapat membezakan bantuan dan rasuah.
Sebaliknya, Salleh menyifatkan pemberian BR1M seperti “wang ehsan”, program bantuan istimewa Terengganu bagi menggantikan bayaran royalti minyak yang diperkenalkan Dr Mahathir sendiri, sejak 2000.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, penerima BR1M tidak wajib mengundi BN.
“Kita perlu mendidik rakyat ia adalah dasar ekonomi BN bagi menyelesaikan masalah kemiskinan. Rakyat perlu fikir berapa jauh dasar seperti itu boleh selesaikan krisis ekonomi ketika ini.”
Khalid bagaimanapun mempertahankan Dr Mahathir dengan berkata, mungkin kenyataannya disalah tafsir sesetengah pihak.
“Jangan rasa bertanggungjawab untuk mengundi BN, jika anda dapat BR1M. Itu yang saya rasa Dr M cuba katakan.
“Anda tidak mengundi kerajaan kerana BR1M. Jika rakyat dapat BR1M dan rasa bertanggungjawab mengundi BN, maka ia adalah rasuah.”
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong turut mempertahankan Dr Mahathir dengan berkata, apa yang cuba disampaikan bekas perdana menteri ialah BR1M tidak boleh dijadikan dasar ekonomi.
“Malangnya, kerajaan fikir BR1M ialah satu dasar ekonomi untuk golongan biasa dan miskin. Namun, ia bukan orang miskin semata-mata, ia untuk 60% populasi negara.”
Beliau mengingatkan kerajaan mengenai kepentingan mempunyai dasar ekonomi holistik dan menyeluruh bagi rakyat.
“Logiknya anda memerlukan satu dasar ekonomi holistik. Anda tidak boleh hanya menggantikan BR1M sebagai satu-satunya dasar ekonomi anda.” #sumber


Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah

Sekianlah artikel Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/azizah-sangkal-dakwaan-tun-dr-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azizah Sangkal Dakwaan Tun Dr Mahathir, BR1M Hak Rakyat Bukan Rasuah"

Posting Komentar