ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian

ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian
link : ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian

Baca juga


ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian

Bernama



Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini, bukan merupakan tempat terletaknya
bangkai pesawat MH370, yang hilang pada 7 Mac 2014.

ATSB, dalam Laporan Semakan Semula Utama pertamanya mengenai MH370, yang dikeluarkan hari ini, berkata para pakar mereka juga mengenal pasti satu kawasan kira-kira 25,000km persegi di utara kawasan pencarian sekarang sebagai kawasan paling berkemungkinan terletaknya bangkai pesawat itu.

"Para pakar merumuskan bahawa sekiranya pencarian terus dilakukan di kawasan ini, lokasi prospektif terletaknya bangkai pesawat berkenaan berasaskan semua analisis yang dibuat setakat ini, ia tidak akan memberi hasil," kata agensi itu dalam laporannya melalui

http://ift.tt/1Wr8xvk ATSB, agensi utama dalam usaha mencari MH370, berkata analisis bebas terkini tentang data satelit dan pola hanyutan, secara konsisten mengenal pasti lokasi impak paling berkemungkinan berkaitan MH370 ialah berhampiran gerbang ke-7[1] (di kawasan ~25 NM) dalam jajaran kira-kira 33°S hingga 36°S.

MH370 hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Dalam reaksi segera terhadap laporan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia menyambut baik laporan yang dikeluarkan itu.

"Walaupun laporan itu membentangkan analisis mendalam tentang usaha mencari MH370, kami tetap mengharapkan bagaimana ia boleh digunakan untuk membantu kami dalam mengenal pasti lokasi spesifik terletaknya pesawat itu," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerajaan Australia, Malaysia dan China mencapai kesepakatan pada mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri pada Julai tahun ini bahawa pertimbangan akan dibuat bagi menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil sekiranya terdapat maklumat baharu untuk mengenal pasti lokasi pesawat itu berada.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa hasrat untuk menemukan lokasi terletaknya MH370 tidak pernah diabaikan dan setiap keputusan yang diambil sentiasa berpandukan semangat kerjasama dalam kalangan ketiga-tiga negara itu.

"Harapan dan doa kami sentiasa mengiringi keluarga dan orang tersayang yang ditinggalkan penumpang serta anak kapal MH370," katanya. -Bernama




ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian

Sekianlah artikel ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/atsb-percaya-mh370-tiada-di-kawasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ATSB percaya MH370 tiada di kawasan carian"

Posting Komentar