Judul : Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan
link : Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan
Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan
Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan. "Saya tidak rasa sedih, terkejut, bimbang, marah atau apa-apa. Ini perkara biasa. Kata pepatah alah bisa tegal biasa," ujar Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus keputusan dibuat oleh mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.
Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan. Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lalu.
Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan
Sementara itu, jaminan terhadap tertuduh dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000.
Zulqarnain memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.
Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.
Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan
Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.
Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.
Rafizi diwakili peguam Gobind Singh manakala Shukor Abu Bakar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.
Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan. Ketika sepatutnya membela diri pada 6 Oktober lalu Rafizi berkata beliau tidak dapat berbuat demikian kerana keseluruhan halaman 98 laporan mengenai 1MDB itu tidak pernah dikemukakan dalam mahkamah. - md
Iklan
Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan
Sekianlah artikel Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/rafizi-ramli-dipenjara-18-bulan.html
0 Response to "Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan"
Posting Komentar