Judul : Rafizi Di Jatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan Kerana Bocorkan Audit 1MDB
link : Rafizi Di Jatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan Kerana Bocorkan Audit 1MDB
Rafizi Di Jatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan Kerana Bocorkan Audit 1MDB
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman 1.5 tahun ke atas Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli atas 2 tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang diklasifikasikan sebagai sulit.
Hakim Zulqarnian Hassan menetapkan hukuman 18 bulan masing-masing untuk 2 pertuduhan itu dijalankan serentak.
“Sekarang saya betul-betul perlu tumpukan usaha mengarang buku saya sebelum masuk. Saya baru siapkan halaman ‘kandungan’,” kata Rafizi dalam reaksi segera beliau menerusi Twitter.
Hakim turut mempersoalkan tindakan Rafizi yang enggan membuat pembelaan, dan berkata beliau gagal membangkitkan sebarang keraguan terhadap dakwaan ke atasnya.
Rafizi sebelum ini enggan membela diri kerana muka surat 98 yang dipersoalkan itu tidak lengkap dan tidak dikemukakan di mahkamah.
“Penjelasan ini saya dapat dari video sidang media, menunjukkan YB bukan sahaja tahu malah bagi komen sendiri. Dia baca kandungan dalam muka 98.
“Dia juga berkata dokumen itu rahsia, ‘obviously OSA, is a risk we have to take…’,” kata hakim merujuk Akta Rahsia Rasmi.
“Pada pandangan saya, tertuduh tidak diprejudiskan kerana muka 98 sudah dikemukakan dalam mahkamah dalam bentuk dlm Facebook dan blog Rafizi,” kata Zulqarnian.
Ahli Parlimen Pandan itu ditahan pada 5 April lalu di bangunan Parlimen, sebelum didakwa 3 hari kemudian memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.
Dalam reaksi segera melalui Twitter, Rafizi berkata beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini.
“Saya tidak terkejut, sedih, marah, takut atau apa-apa. Tiada perasaan sebegitu. Ini satu lagi hari biasa. Sudah lama begini.
“Apa yang tidak membunuh anda menjadikan anda lebih kuat,” katanya. #sumber
Rafizi Di Jatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan Kerana Bocorkan Audit 1MDB
Sekianlah artikel Rafizi Di Jatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan Kerana Bocorkan Audit 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rafizi Di Jatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan Kerana Bocorkan Audit 1MDB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/rafizi-di-jatuhi-hukuman-penjara-18.html
0 Response to "Rafizi Di Jatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan Kerana Bocorkan Audit 1MDB"
Posting Komentar