DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA

DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA
link : DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA

Baca juga


DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA

Sera­ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak de­ngan menggunakan isu peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Peter Bellew jelas menunjukkan tindakan bersifat ke­bencian peribadi semata-mata dan bukannya berasaskan fakta atau demi kebaikan negara.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, meskipun Bellew telah tampil membuat penjelasan bahawa tiada campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan mahupun Najib berhubung peletakan jawatan itu, Dr. Mahathir terus melemparkan tuduhan palsu itu.

Malah, Bellew juga telah menjelaskan keputusan MAB untuk membeli pesawat Boeing dan menambah laluan penerbangan baharu telah dilakukan sebelum ini, dan langkah itu sejajar dengan pelan pemulihan syarikat penerbangan nasional itu.

“Apabila MAB membuat keputusan untuk melantik seorang warga asing sebagai peneraju syarikat penerba­ngan itu, Dr. Mahathir menyerang Najib dan kini apabila warga ­asing itu mahu meletak jawatan sebagai CEO, Dr. Mahathir juga menyerang Perdana Menteri.

“Tindakan Dr. Mahathir sangat jelas bahawa serangannya berunsur kebencian peribadi, ego dan bukannya berdasarkan fakta atau untuk kebaikan negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kelmarin, Bellew mengadakan sidang akhbar berhubung penafiannya terhadap tuduhan Dr. Mahathir mengenai campur tangan kerajaan dalam peletakan jawatannya pada 8 Oktober lalu.

Kata Bellew, keputusan untuk meletakkan jawatan sejak dua minggu lalu adalah keputusan dirinya sendiri.

Dalam pada itu Shahrir berkata, seperti dijelaskan oleh Bellew, masalah MAB telah bermula pada tahun 1994 di bawah pemerintahan Dr. Mahathir apabila bekas Perdana Menteri itu telah menswastakan MAS dalam usaha menutup sebahagian daripada kes kerugian Bank Negara Malaysia melalui ke­giatan perdagangan mata wang asing sekitar 1990-an.

“Malah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga berulang kali menyalahkan Dr. Mahathir atas krisis yang dihadapi MAS.

Malah, kita juga perlu tahu, Dr. Mahathir dalam bukunya sendiri pernah menyatakan kekecewaannya ti­dak dilantik sebagai Penasihat MAS selepas beliau meletak jawatan.

“Jadi, perkara ini membuktikan motif serangan beliau (Dr. Mahathir) terhadap MAB adalah berunsur peribadi semata-matanya.

Perbuatan itu tidak membantu atau memberi manfaat kepada MAB dan kepentingan negara. Keinginan beliau ha­nyalah untuk menjejaskan dan menyingkirkan Perdana Menteri yang dilakukan atas kebencian peribadi dan ego,” katanya – Utusan


DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA

Sekianlah artikel DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/dr-mahathir-semakin-hilang-fakta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DR MAHATHIR SEMAKIN HILANG FAKTA"

Posting Komentar