Judul : Polis tubuh pasukan khas siasat Malaysiakini
link : Polis tubuh pasukan khas siasat Malaysiakini
Polis tubuh pasukan khas siasat Malaysiakini
Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat portal Malaysiakini yang didakwa menerima dana tajaan daripada George Soros.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan khas itu akan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Katanya, pasukan berkenaan terdiri daripada lima anggota yang akan mengumpul maklumat dan menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan tersebut.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti pihak-pihak yang dikaitkan dengan bilionaire Amerika Syarikat, George Soros yang cuba mencampuri urusan dalaman negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, pada masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum mengambil tindakan susulan.
"Kita menerima banyak aduan berhubung isu ini. Kita akan membuat penyiasatan termasuk di media-media sosial.
"Pihak kami akan bekerjasama rapat dengan polis sekiranya turut melibatkan bidang kuasa pasukan itu dan akan mengambil tindakan susulan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan," katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, mana-mana individu, organisasi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta portal berita yang menerima dana asing khususnya dari Soros, bagi tujuan mengganggu-gugat kestabilan politik negara ini akan diburu dan dibawa ke muka pengadilan.
Polis tubuh pasukan khas siasat Malaysiakini
Sekianlah artikel Polis tubuh pasukan khas siasat Malaysiakini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Polis tubuh pasukan khas siasat Malaysiakini linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/polis-tubuh-pasukan-khas-siasat.html
0 Response to "Polis tubuh pasukan khas siasat Malaysiakini"
Posting Komentar