Judul : Imuniti Dewan Rakyat: Speaker 'sekolahkan' bekas menteri bocor rahsia...Mereka Tahu Tapi Buat BODOH
link : Imuniti Dewan Rakyat: Speaker 'sekolahkan' bekas menteri bocor rahsia...Mereka Tahu Tapi Buat BODOH
Imuniti Dewan Rakyat: Speaker 'sekolahkan' bekas menteri bocor rahsia...Mereka Tahu Tapi Buat BODOH
Setiap menteri yang tidak berpuas hati dengan dasar dan polisi kerajaan harus menyatakan alasan serta meletakkan jawatan, bukan mendedahkannya di dalam Dewan Rakyat.Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, bekas menteri juga tidak boleh menzahirkan informasi yang diterima semasa masih di dalam Kabinet di Dewan Rakyat hanya untuk memperkasakan agenda perjuangan politik.
"Ketika Tambun (Datuk Seri Ahmad Hanadzlah) meletakkan jawatan, ada beliau kemukakan alasan? Ada? Tiadakan? Letak jawatan begitu sahaja. Tetapi kenapa di dalam Dewan Rakyat, beliau keluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan Kabinet?
"Setiap ahli parlimen harus mempunyai maruah diri. Bukan bersembunyi di belakang imuniti hanya untuk memperkasakan agenda perjuangan politik masing-masing," katanya kepada pemberita di Parlimen merujuk kepada Konvensyen Parlimen House of Commons hari ini.
Beliau berkata demikian susulan tindakan ahli parlimen Gelang Patanh, Lim Kit Siang di dalam dewan yang mempersoalkan kenyataan Pandikar berhubung tindakan tiga bekas menteri yang berhujah pada minggu lepas yang boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1978.
Pandikar turut menyentuh perkara yang sama terhadap dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin; dan Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.
"Dua menteri (Pagoh dan Semporna), mereka tidak meletak jawatan tetapi dilucutkan jawatan oleh Perdana Menteri kerana mereka tidak bersetuju dengannya. Tetapi masih berhujah di dalam dewan.
"Sudah dipecat, kemudian baru nak buat kenyataan di dalam dewan, itu satu tindakan yang tidak 'gentleman'. Jangan berselindung di belakang imuniti," katanya.
Tambah Pandikar, beliau sering mengulangi amaran yang sama terhadap ahli parlimen berhubung isu tersebut sebagai peringatan agar kejadian yang sama tidak berulang.
"Sebagai speaker, saya tidak berat sebelah. Saya perlu melihat dari setiap sudut terhadap keputusan yang saya buat," katanya.
Sementar itu, ketika diminta mengulas mengenai Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahahthir Mohamad menyifatkan Pandikar sebagai ‘goalkeeper’ kepada kerajaan beliau menjawab "saya anggap ia sebagai pujian".
"Saya ambil sebagai satu pujian, kerana beliau merupakan bekas 'boss' saya. Saya hanya mempertahankan intergriti Parlimen, terpulang kepada beliau ingin berkata apa," katanya.
Semalam, Mahahthir menyifatkan Pandikar sebagai ‘goalkeeper’ kepada kerajaan kerana sering kali menolak pertanyaan Ahli Parlimen di dalam dewan berkaitan sesetengah isu kononya ia adalah rahsia kerajaan.
Imuniti Dewan Rakyat: Speaker 'sekolahkan' bekas menteri bocor rahsia...Mereka Tahu Tapi Buat BODOH
Sekianlah artikel Imuniti Dewan Rakyat: Speaker 'sekolahkan' bekas menteri bocor rahsia...Mereka Tahu Tapi Buat BODOH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Imuniti Dewan Rakyat: Speaker 'sekolahkan' bekas menteri bocor rahsia...Mereka Tahu Tapi Buat BODOH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/imuniti-dewan-rakyat-speaker-sekolahkan.html
0 Response to "Imuniti Dewan Rakyat: Speaker 'sekolahkan' bekas menteri bocor rahsia...Mereka Tahu Tapi Buat BODOH"
Posting Komentar