Judul : Nik Abduh perjelas kenyataan Abdul Hadi...
link : Nik Abduh perjelas kenyataan Abdul Hadi...
Nik Abduh perjelas kenyataan Abdul Hadi...
Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz hari ini tampil mejelaskan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lobi Dewan Rakyat pada Rabu yang dilaporkan sedia berkerjasama dengan Pakatan Harapan.Menurut Ketua Pemuda PAS itu kesediaan berbincang mengenai satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah dengan mereka yang tidak pernah mengkhianati PAS.
Beliau berkata, kenyataan Abdul Hadi yang dilaporkan bersedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk formula satu lawan satu telah diputar belit oleh pihak media.
"Tiada perbincangan dengan DAP, tiada langsung. Perbincangan PAS adalah dengan parti yang tidak kacau rumah tangga PAS yang media sebut akan ada kerjasama dengan Pakatan Harapan itu adalah kenyataan media, bukan Hadi.
"Oleh itu, orang-orang yang kacau kita jelas tidak akan mempunyai sebarang kerjasama. Ini bukan sesuatu yang baru. Bukan U-turn. PAS hanya akan bekerja dengan orang-orang yang tidak mempunyai apa-apa rekod buruk dengan kami, "katanya.
“Saya ikut video semalam jawpaan Hadi pendek sahaja dan beliau sebut bahawa jangan kacau rumah tangga. Itu merujuk kepada parti-parti yang tidak kacau rumah tangga PAS,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen, Khamis.
Nik Abduh perjelas kenyataan Abdul Hadi...
Sekianlah artikel Nik Abduh perjelas kenyataan Abdul Hadi... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Nik Abduh perjelas kenyataan Abdul Hadi... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/nik-abduh-perjelas-kenyataan-abdul-hadi.html
0 Response to "Nik Abduh perjelas kenyataan Abdul Hadi..."
Posting Komentar