Judul : Azmin: Zahid Hamidi Perlu Faham Prinsip Demokrasi Serta Terbuka !
link : Azmin: Zahid Hamidi Perlu Faham Prinsip Demokrasi Serta Terbuka !
Azmin: Zahid Hamidi Perlu Faham Prinsip Demokrasi Serta Terbuka !
SHAH ALAM: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu memahami prinsip demokrasi dan bersikap terbuka dalam segala isu bersesuaian dengan kehendak rakyat yang inginkan perubahan.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sikap Timbalan Perdana Menteri itu yang menyamakan pembangkang dengan taktik politik pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, adalah bertentangan prinsip demokrasi diamalkan di negara ini.
“Saya rasa Zahid perlu memahami prinsip demokrasi dan apa yang penting kerajaan perlu lebih terbuka dalam perkara ini.
“Ia adalah bersesuaian dengan kehendak dan perubahan yang berlaku dalam negara dan dunia ketika ini.
“Diharap beliau faham supaya kita boleh membuka ruang dan peluang kepada rakyat,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata demikian mengulas kenyataan dibuat Ahmad Zahid dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2016 di Dewan Merdeka, Putra World Trade Center (PWTC) semalam.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri masih menunggu hasil kajian Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berhubung kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, dekat sini.
“JKR dan JMG akan menyiapkan laporan teknikal daripada kajian di mana kita akan membuat keputusan selepas itu.
“Pada ketika ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan Negeri bersedia dengan sebarang tindakan untuk memastikan kawasan itu selamat untuk diduduki penduduk atau memindahkan mereka ke kawasan lain jika perlu. #sumber
Azmin: Zahid Hamidi Perlu Faham Prinsip Demokrasi Serta Terbuka !
Sekianlah artikel Azmin: Zahid Hamidi Perlu Faham Prinsip Demokrasi Serta Terbuka ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Azmin: Zahid Hamidi Perlu Faham Prinsip Demokrasi Serta Terbuka ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/azmin-zahid-hamidi-perlu-faham-prinsip.html
0 Response to "Azmin: Zahid Hamidi Perlu Faham Prinsip Demokrasi Serta Terbuka !"
Posting Komentar