Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang !

Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang !
link : Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang !

Baca juga


Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang !


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menerima kunjungan istimewa Imam Besar Masjidil-Aqsa, Ali Omar Yacoub Abbasi di pejabat rasminya di Komtar dekat sini.
Pertemuan secara tertutup selama lebih setengah jam itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco, Datuk Abdul Malik Kassim.
Lebih dikenali sebagai Syeikh Ali Al-Abbasi, imam masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu memuji kepimpinan Guan Eng yang menurutnya berjaya melahirkan suasana harmoni dan saling menghormati di kalangan rakyat negeri itu.
“Rakyat Pulau Pinang dari kalangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam hidup saling hormat menghormati dan harmoni. Saya boleh melihat mereka hidup dalam aman dan sangat mendukung kepimpinan kerajaan negeri,” ujar Syeikh Ali.
Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agama Islam di samping berlaku adil terhadap semua rakyat di negeri Pulau Mutiara tersebut tanpa mengira latar keturunan dan agama.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yang turut mengalu-alukan kunjungan Syeikh Ali menyifatkan imam negara bergolak itu sebagai tokoh yang berani.
“Baitul Maqdis sedang diserang bertalu-talu oleh regim Israel, kami turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Seperti yang semua ketahui bahawa Baitul Maqdis diduduki oleh orang Israel (Yahudi) dan kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan,” ujarnya mengulas intipati pertemuan tersebut di sidang media kemudiannya.
Syeikh Ali turut sempat menunaikan solat di salah sebuah lokasi Warisan Dunia, Masjid Kapitan Keling di sini, semalam. #sumber


Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang !

Sekianlah artikel Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/imam-masjidil-aqsa-hari-ini-puji.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Imam "Masjidil Aqsa" Hari Ini Puji Kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang !"

Posting Komentar