Judul : Majlis Peguam Persoal "Serbuan Polis" Tanpa Kehadiran Peguam
link : Majlis Peguam Persoal "Serbuan Polis" Tanpa Kehadiran Peguam
Majlis Peguam Persoal "Serbuan Polis" Tanpa Kehadiran Peguam
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia melahirkan kebimbangan dengan tindakan polis yang menyerbu premis Bersih dan Pusat Kesedaran Komuniti (Empower) tanpa kehadiran peguam.
Presidennya Steven Thiru berkata pemegang jawatan, kakitangan Bersih dan Empower berhak mendapat bantuan peguam kerana polis hanya menjalankan siasatan dan tidak menangkap.
“Kami merasakan hak-hak Perlembagaan mereka dilanggar dengan menafikan kehadiran peguam apabila polis berada di premis mereka,” katanya pada forum bertajuk, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma): ISA baru?
Steven berkata dengan menafikan kehadiran peguam, polis seolah-olah mengatakan peguam penghalang kepada keadilan.
“Anda tidak boleh mengambil kesempatan dan dan ini adalah serius,” katanya.
Steven berkata Bersih dan Empower tidak boleh menuduh polis menganggu bukti jika peguam ada bersama apabila polis datang ke premis menjalankan siasatan.
“Pelanggan memerlukan bantuan undang-undang dan hanya peguam boleh memberinya,” katanya.
Steven berkata mereka mempunyai remedi perundangan tetapi tidak mengulas lanjut.
Dilaporkan polis enggan menerima kehadiran peguam ketika serbuan dilakukan.
Steven berkata, suspek ditahan di bawah Sosma hanya boleh dinafikan hak guaman bagi tempoh 48 jam pertama ditangkap.
Pada Isnin, polis menyerbu premis Empower dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka menemui bukti yang menunjukkan NGO itu menerima pembiayaan asing, seperti Open Society Foundations.
Pada 18 Nov, pihak polis turut menyerbu pejabat Bersih dan merampas dokumen menunjukkan kumpulan reformasi pilihan raya itu menerima pembiayaan asing bagi aktiviti-aktivitinya.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah juga ditangkap dan kemudian ditahan sehingga dibebaskan semalam.
Kedua-dua organisasi disiasat berhubung aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen, kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. #sumber
Majlis Peguam Persoal "Serbuan Polis" Tanpa Kehadiran Peguam
Sekianlah artikel Majlis Peguam Persoal "Serbuan Polis" Tanpa Kehadiran Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Majlis Peguam Persoal "Serbuan Polis" Tanpa Kehadiran Peguam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/majlis-peguam-persoal-serbuan-polis.html
0 Response to "Majlis Peguam Persoal "Serbuan Polis" Tanpa Kehadiran Peguam"
Posting Komentar