Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid
link : Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Baca juga


Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Ramai yang berfikir harta akan dibagi kepada waris semasa hidup, malangnya, ramai yang menemui ajal dahulu dan membiarkan waris bermusuh kerana berebut harta pusaka…


Kadang-kadang kita tanya kawan kita, ‘Engkau ada menulis wasiat?’
Jawapan yang kita biasa dengar ialah ‘Dah ada hukum faraid kenapa perlu buat wasiat.’
Lagi satu kita dengar, ‘mana boleh kita boleh menulis wasiat kepada ahli keluarga.’
Ada betul dan ada kurang tepat jawapan itu. Mari kita lihat dahulu kesah harta pusaka.

RM6o Bilion Harta Pusaka Terbeku – Antara Sebab Gagal Menulis Wasiat

Harta pusaka terbeku dianggarkan RM60 bilion pada 2016 dan dijangka meningkat kepada RM85 bilion pada 2010.
Antara sebab harta orang Islam terbeku ialah semasa hidup mereka tidak membuat wasiat bagi melantik orang yang dipercayai bagi menguruskan harta pusaka kemudian hari.
Adakah anda tahu harta seseorang itu akan terbeku secara automatik apabila beliau meninggal?
Pada 2016, harta orang Islam Malaysia terbeku dianggarkan RM60 bilion. Ini termasuk tanah dan properti yang masih nama si mati, simpanan di bawah Wang Tidak Dituntut atau simpanan yang tidak ada penama di institusi kewangan seperti KWSP atau Tabung Haji.
Nilai harta terbeku ini mungkin mencecah RM85 bilion pada 2020 jika andaikan ia tumbuh 10% setahun.
Antara sebab harta orang Islam terbeku ialah semasa hidup mereka tidak menulis wasiat.
Tanpa wasiat, pihak berkuasa tidak tahu siapa waris dan cara menghubungi mereka.

Orang Kaya Pun Terlupa Menulis Wasiat

Adakah anda ikuti kesah pertelingkahan harta pusaka di kalangan waris arwah Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik?

Pertelingkahan Harta Pusaka Kerana Tidak Melantik Pentadbir Harta Pusaka

Waris Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik berebut hendak menjadi pentadbir harta pusaka si mati.
Ketiga-tiga arwah Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik adalah kaya dan memiliki harta berpuluh juta ringgit.
Dalam semua kes di atas waris si mati samada ibu, anak dan isteri membawa kes pertelingkahan harta pusaka ke Mahkamah Tinggi.
Mereka bukan berebut harta pusaka tetapi berebut hendak menjadi pentadbir harta secara bersama.
Sebagai pentadbir harta, mereka ada kuasa mencairkah harta si mati untuk diagihkan kepada waris.
Jika kita ikuti perjalanan kes perbicaraan di atas, ketiga-tiga kes mempunyai satu isu yang serupa: semasa hidup arwah ini tidak membuat wasiat dan melantik pentadbir harta pusaka atau wasi.
Tanpa wasiat, waris sendiri yang menentukan siapa di kalangan mereka menjadi pentadbir harta pusaka. Mungkin ada yang tidak mempercayai satu sama lain.

Pengurusan Harta Pusaka Yang Melecehkan

Waris mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun dalam menguruskan harta pusaka – bemula dari perbincangan keluarga melantik pentadbir, menyenaraikan harta dan hutang si mati, membuat permohonan harta pusaka, perbicaraan harta pusaka hinggalah harta itu berpindah kepada waris.
Sebelum harta itu diagih kepada waris, maka hutang dunia dan akhirat si mati hendaklah diselesaikan dahulu.
Jika ada wasiat, hibah dan tuntutan harta sepencarian maka bahagian ini akan diselesaikan dahulu sebelum waris mendapat hak harta pusakanya.
Jika si mati banyak harta, proses pembahagian harta pusaka semakin rumit dan memakan masa! Bayangkan jika si mati ada banyak properti dan dibiayai dengan pinjaman bank, memang penatlah waris menguruskannya.
Ini belum kira si mati memiliki syarikat perniagaan, pemilikan saham di Bursa, pemilikan bon, simpanan emas, akaun pertukaran asing (forex), akaun perniagaan online dan insurans hayat. Tentu ia satu beban kepada waris menguruskannya.
Harta Pusaka Melebihi RM2 Juta Di Bawah Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi
Samada sesorang itu membuat wasiat atau tidak, waris tetap akan melantik peguam bagi menguruskan harta pusaka melebihi RM2 juta ke Mahkamah Tinggi. Sebuah kondo mewah dan banglo di Kuala Lumpur pun mungkin lebih RM2 juta.
Melantik peguam bagi kes Mahkamah Tinggi, antara ada isunya caj guaman yang tidak ada skala, peguam kurang kepakaran dan pengalaman dalam mengurus harta pusaka.
Ada juga kes harta pusaka terbiar apabila peguam meninggal dunia atau meninggalkan profesion guaman.

Ramai Sedar Pentingnya Menulis Wasiat Dan Melantik Pentadbir Harta Pusaka

Ada kebaikan menulis wasiat, antaranya melantik pentadbir atau wasi bagi mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka.
Wasiat pada hari ini berfungsi melantik pentadbir yang akan menguruskan harta pusaka
Kesedaran orang ramai terutama golongan profesional semakin meningkat akan keperluan membuat wasiat bagi melantik pentadbir harta pusaka bagi membolehkan harta dan hutang diuruskan secara cekap apabila mereka meninggal.
Jika telah melantik pentadbir harta dalam wasiat, kehidupan isteri, ibu bapa dan anak-anak tidak akan terganggu hidup dan pelajaran anak-anak berjalan lancar sekiranya ketua keluarga atau suami meninggal.

Lima Sebab Menulis Wasiat

1. Percepatkan Proses Pembahagian Harta Pusaka Oleh Pengurus Profesional

as-Salihin Trustee berhad adalah sebuah syarikat amanah yang memberikan khidmat amanah dan pentadbiran harta pusaka si mati.
Banyak syarikat amanah yang memberikan khidmat pentadbiran harta pusaka pewasiat bagi memastikan harta diurus dengan cepat dan waris mendapat haknya secara adil
Wasiat dapat mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka kepada waris apabila pewasiat melantik orang yang dipercayainya menguruskan harta pusaka selepas kematiannya.
Mereka yang dilantik ini dipanggil pentadbir harta atau wasi. Pentadbir ini boleh beberapa orang atau sebuah syarikat amanah.
Orang ramai lebih suka memilih syarikat amanah sebagai pentadbir harta atau wasi kerana mereka tiada kepentingan dalam pusaka si mati, mempunyai pengalaman, kemahiran dan lebih selamat, boleh dipercayai dan terus bertahan di pasaran. Ini kerana syarikat amanah ditubuhkan di bawah Akta Amanah yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.
Tanpa perlantikan wasi, waris akan bermuafakat melantik pentadbir di kalangan mereka bagi menguruskan harta si mati dengan Unit Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi.
Ada kemungkinan proses pembahagian harta pusaka menjadi lambat kerana tidak ada persefahaman waris-waris melantik pentadbir. Sebab yang lain ialah waris-waris sibuk dan tidak ada pengalaman menguruskan harta pusaka.

2. Proses Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Syariahnya – Hukum Farid

Ustaz Hilmi, penceramah dan juga pengarang buku Faham Faraid
Jika melantik wasi syarikat amanah dan yang berpengalaman dalam pengurusan harta pusaka, proses pembahagian harta pusaka akan melalui proses syariah yang berasaskan Hukum Faraid tanpa ragu-ragu.
Hukum Faraid adalah asas pembahagian harta pusaka. Syarikah amanah akan memastikan semua waris hadir semasa membaca wasiat, menjelaskan hutang si mati, termasuk peruntukan upah mengerjakan haji, kafarat puasa dan nazar yang belum sempat ditunaikan.
Setelah itu, harta pusaka digunakan bagi menunaikan wasiat 1/3, melaksanakan hibah dan harta sepencarian. Baki baru dibahagi kepada waris yang berhak.

3. Sedekah Jariah Ke Jalan Allah

Ramai yang mengidap sakit buah pinggang, anda boleh bersedekah dengan memberi mesin dialisis.
Tiga Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
 (HR Muslim).
Sekolah tahfiz Quran, perpustakaan, masjid, surau, hospital, pusat dialisis, pusat kanser menunggu sahaja sumbangan orang ramai untuk membina, membesar pusat tersebut atau melengkapkan peralatan.
Semasa hidup ramai yang berzakat dan bersedekah bagi merealisasikan kelebihan amalan di atas. Ada yang menangguhkannya ke satu masa yang sesuai, tetapi ajal tidak pernah memberi notis.
Cara yang berkesan ialah membuat wasiat. Wasiat membenarkan seseorang itu meninfak, mewakaf atau mensedekahkan 1/3 hartanya untuk berjasa selepas kematiannya.

4. Sedekah Harta Kepada Orang Tersayang

Wasiat membenarkan pewasiat kepada orang tersayang khususnya bukan waris yang layak seperti anak saudara dan cucu
Wasiat membolehkan pewasiat kepada orang tersayang seperti properti, pelaburan, barang kemas kepada waris jauh dan orang yang berjasa dalam hidup pewasiat
Ada orang yang mahu sedekah kan harta kepada orang atau waris tersayang sekiranya ia meninggal awal atau penerima itu masih lagi kanak-kanak dan tak sesuai membahaginya dahulu. Oleh itu, wasiat boleh membantu hal ini.
Mereka ini contohnya ialah, adik beradik, sepupu, anak saudara dan cucu. Mereka ini waris tetapi bukan waris utama.

5. Memberi Sebahagian Harta Kepada Anak Angkat

Wasiat untuk bahagi 1/3 harta pusaka kepada anak angkat atau bapa angkat. Wasiat berkuatkuasa selepas pewasiat meninggal dunia.
Anak angkat berhak mendapat 1/3 harta bapa angkatnya jika buat wasiat bertulis
Anak angkat atau bapa angkat walaupun bukan waris berhak menerima harta maksimum 1/3 harta bapa angkat atau anak angkat tetapi dengan berwasiat.
Biasa kita dengar anak angkat tidak mendapat satu sen pun harta bapa angkat walaupun dipelihara sejak umur sehari. Harta pusaka tersebut akan dibolot oleh waris iaitu ibu bapa dan adik beradik ayah angkatnya.

Hubungi Perunding Untuk Menulis Wasiat

Anda boleh menghubungi perunding kewangan anda atau saya bagi buat wasiat atau penjelasan lanjut mengenai wasiat. Hubungi saya:
Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com
Anda mahu artikel baru mengenai wasiat, harta pusaka, hukum faraid dan hibah masuk terus ke email anda? Berlanggan di sini:
 
 
Artikel ini ditulis oleh Abd Rahaman Rasid, Perunding as-Salihin Trustee Berhad. Beliau boleh dihubungi dengan 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com






Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Sekianlah artikel Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/08/lima-sebab-orang-menulis-wasiat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid"

Posting Komentar