Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa

Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa
link : Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa

Baca juga


Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa

KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Persekutuan Catur Malaysia memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, susulan larangan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang memakai skirt pendek ketika meyertai satu pertandingan catur, tahun lalu.

Sophian A Yusuf, 44, yang merupakan plaintif memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Zuraida sebagai defendan, lapor akhbar Sinar Harian.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, Sophian yang juga pengarah Pertandingan Kejuaraan Catur Scholastic Kebangsaan 2017, yang disertai kanak-kanak tersebut mendakwa Zuraida secara tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah pada 29 April 2017 sehingga menjejaskan reputasinya apabila ia disiarkan di portal berita dan akhbar harian.

Justeru beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, selain faedah dan kos serta relif lain yang sesuai.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melalui pernyataan pembelaannya yang difailkan 18 Januari lalu berkata, kenyataan itu adalah keadaan berkepentingan perlindungan bersyarat tanpa sebarang niat jahat.

Menurutnya, sebagai ahli politik, beliau sering memberikan kenyataan mengenai isu berkepentingan awam.

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan empat hari bermula 23 Julai untuk perbicaraan kes saman berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Haris Abdullah yang mewakili Sophian manakala peguam Shahid Adli Kamarudin bertindak bagi pihak Zuraida selaku defendan.


Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa

Sekianlah artikel Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/pengarah-pertandingan-catur-saman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengarah pertandingan catur saman Zuraida...Padan Muka Kerana Mulut Badan Binasa"

Posting Komentar