Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras

Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras
link : Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras

Baca juga


Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras

Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras. Operasi merobohkan rumah berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras yang dibina di atas tanah rizab milik kerajaan Selangor dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan dengan penyerahan notis awal kepada penduduk terlibat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, pelaksanaan perobohan itu sebenarnya telah dirancang sejak tahun 2008 lagi dan penduduk terlibat telah menerima notis pertama sejak tahun 2015.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya pada waktu itu membantah perobohan berkenaan memandangkan penduduk terlibat tidak mendapat tawaran Rumah Selangorku sebagai pampasan kepada perobohan terbabit.

"Lepas itu, kita terus usaha dan akhirnya mereka dapat tawaran Rumah Selangorku dan tidak perlu menunggu giliran seperti penduduk lain.

"Dan pada 2 Ogos lepas kita serahkan surat tawaran (Rumah Selangorku) berkenaan dan memberi notis untuk perobohan berkenaan beberapa hari kemudian dengan menetapkan tempoh selama 30 hari buat penduduk mencari rumah sewa lain," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mengenai gesaan 92 orang penduduk terlibat yang meminta agar kerajaan Selangor dapat menangguhkan terlebih dahulu proses perobohan kediaman mereka sehingga akhir tahun ini.

Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras



Mengulas lanjut mengenai perobohan itu, Mohd Khairuddin (gambar) berkata, ada di antara penduduk yang masih berdegil dan mengharapkan beberapa tuntutan lain daripada kerajaan negeri seperti membayar pampasan deposit sewa rumah serta sewa bulanan.

"Malah mereka juga enggan untuk melengkapkan dokumen tawaran Rumah Selangorku itu kerana mengharapkan pampasan lain.

"Semasa perobohan dilakukan di Kampung Kubu Gajah sebelum ini, tiada sebarang masalah timbul dan penduduk di sana dengan rela hati rumah mereka dirobohkan selepas menerima tawaran Rumah Selangorku," katanya.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, matlamat utama perobohan rumah berkenaan adalah bagi memberi laluan kepada projek pelebaran Sungai Kedondong dalam usaha untuk mengatasi isu banjir di kawasan ini.

Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras



Beliau yang juga merupakan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor memaklumkan sekiranya projek itu tidak diteruskan, ratusan rumah di kawasan Paya Jaras akan berdepan isu banjir yang teruk pada setiap tahun.

"Saya pun dalam keadaan tersepit dan sebarang keputusan saya buat perlu memikirkan secara keseluruhan.
"Sistem saliran di Paya Jaras semua kita dah baik pulih cuma fokus saya sekarang adalah untuk selesaikan isu banjir yang membebankan ratusan penduduk setempat di sini," katanya. - sinar




Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras

Sekianlah artikel Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/isu-sebenar-perobohan-rumah-paya-jaras.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras"

Posting Komentar