Cara Bawa Najib Jadi PM Balik

Cara Bawa Najib Jadi PM Balik - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cara Bawa Najib Jadi PM Balik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cara Bawa Najib Jadi PM Balik
link : Cara Bawa Najib Jadi PM Balik

Baca juga


Cara Bawa Najib Jadi PM Balik

Jawatan pengerusi lembaga penasihat BN dilihat "pintu belakang"  yang direka untuk mewajarkan kemasukan semula bekas perdana menteri Najib Razak dalam barisan pimpinan BN.

Pemerhati politik, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berpendapat langkah itu adalah percaturan Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan sokongan selepas kembali dari bercuti tujuh bulan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Katanya, biarpun tidak pernah keluar daripada Umno dan BN, Najib telah ‘meninggalkan’ partinya dalam erti kata tidak bergiat aktif dalam kepimpinan parti.

“Lembaga penasihat itu satu (jawatan) ciptaan baru bagi mewajarkan kemasukan semula Najib ke dalam parti, dari pintu belakang. [...] Tok Mat (Mohamad Hasan) dah bina pengaruh dan kekuatan dalam masa hampir tujuh bulan, masa yang agak lama.
Iklan

“Jadi bila Ahmad Zahid yang kurang popular berbanding Tok Mat, dia (Ahmad Zahid) memerlukan sokongan dan kekuatan tambahan, dan Najib boleh memberikan itu dengan populariti yang beliau ada,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Najib mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei tahun lalu susulan kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, yang menyaksikan pertukaran kerajaan buat kali pertama.

Sebagai pembangkang, Najib mula aktif di media sosial dan mula mengumpul pengaruh dan populariti melalui kempen 'bossku' sehingga digelar sebagai 'Raja Troll'.

Pada 9 Julai lalu, Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan pelantikan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat BN  selepas berlangsungnya Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden MCA, Wee Ka Siong, Presiden MIC, S Vigneswaran; ketua-ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

Menurut Tengku Adnan, Najib akan menjalankan tugas membantu BN mengembalikan sokongan rakyat kepada parti tersebut.

Pelantikan itu dibuat sepuluh hari selepas Ahmad Zahid mengumumkan beliau menamatkan cutinya dan kembali menjalankan tugas-tugas presiden Umno yang diserahkan kepada Mohamad pada 18 Disember tahun lalu.

Meraih persepsi rakyat

Mengulas lanjut, Nadzri berkata, kembalinya Najib dan Zahid adalah satu isyarat bahawa kedua-dua pemimpin itu tekad untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan berhubung kes mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Tuduhan pada kedua-dua ini sangat banyak dan serius. [...] Ibaratnya, mungkin boleh dikatakan kaki sudah sebelah ke penjara.

“Jadi, daripada menyerah, lebih baik melawan, apatah lagi sentimen rakyat kepada PH sudah terbalik kini. 

"Dahulu orang mahukan perubahan, tetapi kini orang lihat perubahan yang dilakukan agak tersekat, jadi sentimen terhadap PH sudah berbeza. They’ve got nothing to lose,” katanya. 

Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor
Kerana itulah, pada pandangannya, Najib dan Zahid mungkin berasakan adalah lebih baik memanfaatkan kelebihan struktur parti untuk bergerak bagi meraih persepsi dan sokongan rakyat.

“Dalam zaman pascakebenaran ini, salah atau tidak, benar atau salah itu adalah dari sudut persepsi. [...] Kita mungkin kalah di mahkamah, tapi kita boleh menang dari sudut persepsi.

“Dan struktur Umno (dan BN) itu membolehkan (mencapai tujuan ini). [...] Daripada kamu lawan seorang diri, (lebih baik) melalui organisasi, … untuk menang dalam perang persepsi,” katanya lagi. 

Najib kini berdepan 42 tuduhan pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan pecah amanah manakala Ahmad Zahid menghadapi 87 pertuduhan yang berkaitan dengan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. 

Bukan untuk selamatkan Umno, BN

Sementara itu, bagi penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar, beliau melihat keputusan kedua-dua pemimpin itu untuk kembali ke persada kepemimpinan bukanlah untuk menyelamatkan Umno atau BN atau demi masa depan politik negara.

Sebaliknya, kata Chandra, ia hanya dilakukan kerana kepentingan diri mereka semata-mata.

“Masalah besar yang dihadapi oleh Umno ialah masalah integriti. Kalau nak memulihkan Umno, kamu pilih pemimpin yang sekurang-kurangnya tak terlibat dengan skandal rasuah dan sebagainya.

“Tapi bila pemimpin yang terlibat dalam isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya- sekiranya beginilah kedudukan kamu, (tidak wajar) kamu nak cuba memimpin (semula) satu parti politik yang kalah dalam pilihan raya kerana faktor integriti. [...] Tiba-tiba dia ni nak kembali memegang jawatan,” katanya kepada Malaysiakini.

“Sekiranya dua-dua pemimpin ini terus ditonjolkan sebagai pemimpin, saya berpendapat jauh lebih sukar untuk Umno dan BN mengembalikan kedudukannya sebagai pelaku utama politik negara.

“Terutamanya kalau dibandingkan dengan individu-individu lain dalam Umno dan BN seperti imej Tok Mat. Mungkin nampak ini sebagai satu langkah yang mundur,” katanya lagi. 

Chandra turut berspekulasi bahawa kembalinya Najib dan Zahid adalah untuk mengatur “agenda politik yang lebih besar”, termasuklah menaikkan individu tertentu untuk menerajui negara dengan harapan individu tersebut dapat membantu menyelamatkan mereka daripada pertuduhan yang sedang dihadapi.

“Quid pro quo (beri sesuatu untuk dapat sesuatu). Kamu tolong saya, saya tolong kamu, mungkin itu matlamat sebenarnya,” komennya ringkas tanpa mahu mengulas lanjut.

Sementara itu, turut membandingkan ketokohan Ahmad Zahid dengan Mohamad, Nadzri berpendapat Mohamad lebih mempunyai kelebihan mencerap realiti semasa berbanding Ahmad Zahid yang agak “hilang arah” dalam memimpin parti.

Baca Pelantikan Najib langkah ke belakang, kata Nazri

“Masa Zahid pegang jawatan beberapa bulan dahulu, orang tak nampak arah tuju dia. Dia jumpa Mahathir, dia jumpa PAS. Berbeza dengan Tok Mat, dia sedar realiti bahawa Umno kena berdiri sendiri, kena pertahankan apa yang ada (MIC dan MCA) - perikatan yang asal.

“Dia perkukuhkan, dia cuba memberhentikan migrasi besar-besaran Umno ke Bersatu, kemudian buat pakatan dengan PAS. Itu bezanya. Zahid tak tahu arah tuju, Tok Mat tegas, faham realiti dan pragmatik,” katanya lagi.

Namun, kata Nadzri, itu tidak bermakna Ahmad Zahid tidak mempunyai kekuatan dan sokongan.

“Ahmad Zahid pegang ketua bahagian, Tok Mat pegang suara bawahan (akar umbi). Tapi dalam Umno, yang pegang ketua bahagian lebih berkuasa daripada yang pegang suara bawahan,” katanya.

Namun, menurut Nadzri, kembalinya Ahmad Zahid akan menyukarkan proses pembaharuan dalam Umno.

Tambah Nadzri, ini demikian kerana Ahmad Zahid membawa semula cara pentadbiran dan pemerintahan lama.

“Dalam politik, dipanggil cara feudal - autoriti itu datang daripada kuasa dan senioriti berbanding merit dan kredibiliti.

"Maksud kredibiliti itu adalah ketokohan, kemahiran pengucapan awam yang bagus (dan sebagainya), sebagaimana Tok Mat dan Khairy Jamaluddin.

“Itulah bezanya, politik baru dan politik lama,” jelasnya. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi










Cara Bawa Najib Jadi PM Balik

Sekianlah artikel Cara Bawa Najib Jadi PM Balik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Cara Bawa Najib Jadi PM Balik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/07/cara-bawa-najib-jadi-pm-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara Bawa Najib Jadi PM Balik"

Posting Komentar