Judul : Tun Mahathir Alu-Alukan Laporan Polis ‘Bodoh’ Mengenai Forest City
link : Tun Mahathir Alu-Alukan Laporan Polis ‘Bodoh’ Mengenai Forest City
Tun Mahathir Alu-Alukan Laporan Polis ‘Bodoh’ Mengenai Forest City
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi bantahannya terhadap usaha menarik pelabur asing membeli hartanah di Johor, sambil menyifatkan sekumpulan pertubuhan NGO yang mahu polis menyiasatnya sebagai “pekak, buta dan tuli”.
“Walaupun bodoh tetapi laporan polis yang dibuat berjaya menarik perhatian kumpulan yang pekak, buta dan tuli (PBT),” kata bekas Perdana Menteri itu dalam kiriman blog semalam.
“Yang saya hairan ialah kenapa orang PBT ini tidak report kepada polis akan laporan dalam beberapa akhbar oleh Bloomberg, sebuah agensi berita berkenaan ekonomi. Besar kemungkinan puak PBT ini tidak baca, atau kalau baca sekalipun tidak faham. Yang dilapor oleh Bloomberg lebih dari yang saya sebutkan dalam ucapan saya,” tulisnya.
Dr Mahathir sebelum ini mempersoalkan projek Forest City, bandar berhampiran Singapura, memetik sebuah laporan Bloomberg yang menyebut ia sedang giat dipromosikan kepada beratus ribu warga China.
Menurut laporan itu, pembinaan Forest City di Johor Bahru itu akan menyaksikan kebanjiran rakyat China ke negeri itu yang membeli kebanyakan daripada hartanah yang ditawarkan.
Forest City seluas 1,386 hektar itu akan dibina di atas 4 pulau buatan manusia di kawasan Iskandar Malaysia, dan dijangka mengambil masa 30 tahun untuk siap sepenuhnya.
Dakwaan Dr Mahathir yang menganggap Forest City menggadaikan kedaulatan Malaysia diselar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, yang menuduh pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu cuba menakut-nakutkan rakyat berhubung pelaburan China di negeri itu.
Awal bulan ini, 5 NGO mendesak Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Johor dan rakyat negeri itu, menyifatkan pandangannya mengenai Forest City berbaur hasutan.
Dr Mahathir semalam bertegas dengan pendiriannya, sambil menyamakan penjualan hartanah kepada rakyat asing dengan “penjualan Singapura”, dipercayai merujuk kepada hak perdagangan yang diberikan kepada penjajah British melalui Perjanjian Singapura yang dimeterai antara kerabat raja Johor bersama kerajaan British diwakili Stamford Raffles pada 1819.
“Sekarang ini Singapura menjadi negara asing yang tidak mungkin dikembalikan kepada Johor,” katanya.
Beliau mencabar NGO yang membuat aduan polis terhadapnya melawat Forest City dan “melihat dengan mata kepala sendiri”.
“Cuba sahkan penduduk dan pembeli bangunan-bangunan di sini terdiri dari orang tempatan, terutama orang Melayu.
“Sahkan juga bahawa tanah ini disewa dan bukan dimiliki kekal seperti yang tertulis di papan tanda yang didirikan dan siaran kepada bakal pembeli dari Cina,” tambahnya.
Menurut Dr Mahathir, bantahan terhadap penjualan hartanah kepada warga asing adalah sesuatu yang biasa berlaku di seluruh dunia.
“Tidak ada mana-mana negara di dunia yang sanggup menerima kemasukan ramai orang asing ke negara mereka,” katanya.
“Jika majoriti rakyat Johor menolak Forest City dengan kemasukan orang asing, pendirian mereka tidak sedikit pun berbeza dari pendirian bangsa-bangsa lain terhadap kemasukan beramai-ramai orang asing untuk tinggal di negara mereka.” #sumber
Tun Mahathir Alu-Alukan Laporan Polis ‘Bodoh’ Mengenai Forest City
Sekianlah artikel Tun Mahathir Alu-Alukan Laporan Polis ‘Bodoh’ Mengenai Forest City kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tun Mahathir Alu-Alukan Laporan Polis ‘Bodoh’ Mengenai Forest City linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tun-mahathir-alu-alukan-laporan-polis.html
0 Response to "Tun Mahathir Alu-Alukan Laporan Polis ‘Bodoh’ Mengenai Forest City"
Posting Komentar