PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib
link : PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

Baca juga


PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib. Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail malam ini menyeru para pengundi Cina di Cameron Highlands supaya menyokong calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor.

Beliau mengungkapkan kata-kata yang pernah dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.


PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib. “Saya tolong awak, awak tolong saya," kata Wan Rosdy ketika berucap.

Wan Rosdy menyentuh isu tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL), berkata beliau tidak mahu menjanjikan apa-apa, tetapi beliau menjamin bahawa keadaan petani akan menjadi lebih baik berbanding dengan apa yang dihadapi sekarang.

“Jadi saya harap tuan-tuan faham, kita sama-sama rakan, mahu tolong...tapi (kamu) pun kena tolong, sama-sama (kita) tolong lagi cantik.

“Kan kita mahu Cameron Highlands bagi elok, tiada masalah, kalau ada masalah kita boleh bincang-bincang sikit,” katanya sewaktu memberi ucapan di Majlis Ramah Mesra dan Perasmian Dewan Tokong TienHou, di Habu, Cameron Highlands.

Selanjutnya, pengerusi BN Pahang berkata para pengundi di Habu dijangka akan memilih BN disebabkan komuniti tempatan itu mengundang beliau untuk menghadiri majlis perasmian tersebut.

“Saya anggap tuan-tuan mahu undi dia (Ramli), sebab itu panggil saya (datang) ini hari. Kalau tuan-tuan tidak mahu undi dia, kenapa panggil saya?" Katanya membuat kesimpulan.

PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib


Rasa rugi undi lain

Beliau turut menyeru pengundi Cina untuk berfikiran panjang agar memilih calon yang dapat “menguntungkan” mereka.

“Pada 26hb Januari ini, tuan-tuan fikir elok-elok. Kalau tuan-tuan rasa ini ada untung Cameron Highlands, undilah BN. Kalau rasa rugi saja, tidak apa undi lain.

“Tapi saya tahu, orang Cina kalau ada untung, boleh tambah niaga, boleh tambah ekonomi, mereka mesti pilih yang betul-betul punya,” tambahnya.

Di samping itu, Wan Rosdy meminta pengundi-pengundi tempatan supaya memberi air muka kepada beliau agar selepas kemenangan BN di Cameron Highlands, beliau akan datang ke sana sekali lagi.

“Tuan-tuan kasi muka sikit sama dia (Ramli), kasi muka sikit sama saya. Banyak perkara kita boleh jumpa, banyak perkara kita boleh bincang, kita boleh selesai...

“Tapi saya tidak mahu janji lah, semua benda boleh selesai. Tuan-tuan kena ingat...kalau itu hal saya boleh selesai, tiada masalah! Saya mesti tolong,” katanya.

PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib


Isu tanah hak negeri

Seterusnya, Wan Rosdy menyeru kepada pengunjung yang hadir pada malam itu agar “pangkah” BN sewaktu hari mengundi pada 26 Januari ini kerana isu tanah adalah hak kuasa kerajaan negeri.

“Apa pasal saya tak mau tolong? Tuan-tuan sudah tolong saya...kita sama-sama tolong-menolonglah! Bukan susah!

"26 hari bulan pergi sekolah ambil itu....Tuan-tuan fikir, ini orang boleh tolong saya kah? Ini tanah punya hal. Ini orang (Ramli) boleh tolong...sebab (ia) tanah kerajaan negeri, kemudian? Pangkah! Bila sudah menang nanti, saya akan naik lagi sini,” katanya.


PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib.Ungkapan popular, "you help me, I help you," pernah disebut Najib Razak ketika menjadi perdana menteri semasa berkempen dalam pilihan raya Sibu pada 15 Mei 2010. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image

Image





PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

Sekianlah artikel PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/01/prk-cameron-highlands-menteri-besar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRK Cameron Highlands: Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib"

Posting Komentar