Judul : PAS Makin Bersengkokol
link : PAS Makin Bersengkokol
PAS Makin Bersengkokol
PAS menyambut baik hasrat dan keputusan Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk memberi laluan kepada parti Islam itu untuk meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Seri Setia.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, keputusan Umno itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk dibincangkan namun percaya ia akan disambut baik.
“Saya sangat mengalu-alukan pendirian, keputusan dan ketegasan dibuat BN dan Umno, DUN Seri Setia akan diberikan laluan kepada PAS.
“PAS negeri akan bawa keputusan ini untuk dibincangkan kepada peringkat Pusat. Walau apapun keputusannya kita harapkan yang terbaik, demi kekuatan Islam dan Melayu,” katanya sewaktu ditemui di DUN Sungai Kandis, hari ini.
Terdahulu, Umno memutuskan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding dalam PRK Seri Setia, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad berkata, ini ialah titik permulaan dan persefahaman antara 2 parti itu sebagai gerakan politik baru di bawah Malaysia baru.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohamad Shahir berkata, beliau percaya jentera PAS dan Umno di DUN Seri Setia ternanti- nantikan pengumuman ini.
“Ia suatu langkah positif, hubungan kerjasama antara PAS dan Umno bagi menghadapi Pakatan Harapan. Ia juga bagi memastikan proses semak dan imbang terus terjamin di Selangor.
“Kita sudah tunjukkan keikhlasan kita membantu calon BN di DUN Sungai Kandis, begitu juga kita harapkan untuk Umno buktikan keikhlasan kepada PAS di DUN Seri Setia,” katanya.
Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Mohamad Ismail Sabri percaya, cogan kata digunakan di PRK DUN Sungai Kandis, iaitu “Asalkan Bukan Harapan (Abah)” turut akan digunakan di PRK DUN Seri Setia.
Adun Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 6.28 petang semalam.
Sebelum ini, media melaporkan Shaharuddin, 55, menghidap kanser usus tahap 4.
PRU14, Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi, menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff (9,878), calon PAS, Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon bebas, S Vigneswaran (217). - free malaysia today
Iklan
PAS Makin Bersengkokol
Sekianlah artikel PAS Makin Bersengkokol kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS Makin Bersengkokol linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/08/pas-makin-bersengkokol.html
0 Response to "PAS Makin Bersengkokol"
Posting Komentar