Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang?

Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang?
link : Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang?

Baca juga


Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang?

Masuk hari keempat berkempen, calon PKR Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  masih belum memulakan aktiviti berkempen di parlimen itu.

Sepanjang tinjauan BNBBC.my portal melalui jadual programnya beliau dilihat lebih sibuk menjalani lawatan di tempat lain, namun bukan di Parlimen Pandan.

Mungkin merasakan yang kerusi tersebut adalah selamat berikutan dahulu ia dipegang oleh anak buahnya iaitu Rafizi Ramli, Wan Azizah nampaknya lebih menjakankan tugas sebagai Ketua Pembangkang untuk melawat kawasan lain berbanding mementingkan rakyat di parlimen Pandan.

Apa tidaknya, ia bukan perkara pelik kerana di Parlimen Permatang Pauh yang dipegang dulu pun tidak dijalankan sebarang pembangunan, begitu juga di DUN Kajang yang memang mengabaikan rakyat di sana apabila berlakunya banjir seuatu ketika dahulu.

Jika diingat kembali tentang kejadian itu,rakyat di Kajang pasti tidak akan melupakannya. Jadi adakah perkara sama yang akan terjadi di Parlimen Pandan?

Secara dasar apabila melihat pola penduduk di parlimen yang bakal beliau tandingi itu, 60 peratus daripadanya adalah berbangsa Cina.

Maka ia sekaligus kononnya memberi kelebihan kepada Wan Azizah kerana bangsa tersebut memang menolak pemenrintahan hari ini dan akan berpaling pada PH untuk mentadbir selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Namun mungkin beliau lupa yang Pandan akan menghadapi pertembungan yang paling banyak jumlahnya iaitu lima orang, terdiri daripada BN, PRM, PAS, BEBAS dan PKR sendiri.

Daripada lima calon tersebut, dua daripadanya adalah berbangsa Cina iaitu Leong Kok Wee daripada BN dan Jenice Lee daripada PRM sekaligus undian 60 peratus Cina itu akan berpecah tiga termasuk kepada PKR.

Sementara PAS diwakili Sukri Omar dan dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mewakili BEBAS turut akan memainkan peranan dalam memecahkan undi di kalangan Melayu untuk kedua-dua parti ini serta PKR sendiri.

Jadi dalam pertembungan lima penjuru ini adakah Wan Azizah masih yakin yang beliau mampu menang menggunakan pengaruh Rafizi serta simpati tentang apa yang berlaku terhadap suaminya iaitu Anwar Ibrahin?

Atau cukup sekadar menampal poster dan banner gambar Wan Azizah di banyak kawasan sudah memadai untuk mewakili dirinya tanpa turun bertemu dengan rakyat di Pandan?


Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang?

Sekianlah artikel Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/05/pertembungan-5-penjuru-adakah-wan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pertembungan 5 penjuru, adakah Wan Azizah boleh menang?"

Posting Komentar