Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump?

Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump?
link : Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump?

Baca juga


Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump?

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan PKR hari ini mahu kerajaan menjelaskan hubungannya dengan sebuah syarikat yang membayar AS$250,000 (RM1.07 juta) kepada seorang bekas pegawai kempen Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, seperti didedah dalam dokumen difailkan dengan pihak berkuasa negara itu baru-baru ini.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang juga mengetuai biro pelaburan PKR, mahu tahu sama ada Godfrey Group Ltd yang dinamakan oleh seorang pelobi dalam pengisytiharannya kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ), dimiliki kerajaan Malaysia.
Sekiranya ya, Wong Chen berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan siapa meluluskan pembayaran itu, dan sekiranya tidak, beliau perlu menjelaskan mengapa kerajaan membayar kepada pelobi.
“Apa agenda tersembunyi tindakan itu? Apakah faedah yang diterima Godfrey daripada kerajaan persekutuan?” soalnya, sambil menambah beliau berharap wang tersebut bukan bertujuan mempengaruhi Washington dalam tindakan DoJ terhadap 1MDB.
Portal berita AS The Daily Beast melaporkan syarikat The 45 Group milik Healy Baumgardner-Nardone, yang pernah menyertai pasukan kempen Trump, mengisytiharkan menerima RM1.07 juta daripada sebuah syarikat beralamat di Johor Bahru dan juga Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Pengisytiharan itu wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing, di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada DoJ.
Bayaran itu dibuat pada 9 Mei, 2017, menurut borang rasmi difailkan Nardone.
The Daily Beast turut melaporkan Malaysia kini berdepan 2 isu dalam hubungannya dengan Washington, iaitu mengenai tuduhan Malaysia terlibat amalan perdagangan berat sebelah yang merugikan AS, dan tindakan pihak berkuasa AS berkenaan skandal 1MDB.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan keperluan pentadbiran Najib untuk melobi Trump, dan menuntut Najib mendedahkan siapa pemilik Godfrey Group.
Menurutnya, carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu tidak wujud, sebaliknya terdapat sebuah syarikat yang hampir serupa namanya didaftarkan, dimiliki seorang lelaki Cina berusia 70 tahun. #sumber


Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump?

Sekianlah artikel Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/siapa-di-sebalik-syarikat-godfrey.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siapa 'Di Sebalik' Syarikat Godfrey Membayar Wang RM1 Juta Kepada Pelobi Trump?"

Posting Komentar