DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI

DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI
link : DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI

Baca juga


DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI

Ahli PPBM Selangor, mempersoalkan ketulenan beberapa dokumen yang didakwa diserahkan parti itu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Ahli PPBM Gombak, Mohd Azimin Muhamad, mendakwa mereka mengesyaki dokumen membabitkan mesyuarat cawangan dan bahagian yang diserahkan kepada RoS pada Khamis lalu, adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin kepemimpinan parti itu boleh menyiapkan dokumen terbabit memandangkan PPBM tidak pernah mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan, lapor BH.

“Kami tidak pasti mengenai (ketulenan) laporan kewangan, tapi jika membabitkan laporan mesyuarat cawangan serta bahagian, itu kami sangat tahu.

“Mana ada mesyuarat di cawangan dan bahagian. Bukan saja di Selangor, rakan kami di Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan juga menyatakan mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat PPBM.

“Jadi, laporan apa yang dihantar kepada RoS? Saya percaya ini satu bentuk penipuan kepada RoS dan pengkhianatan kepada ahli PPBM seluruh negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, yang turut dihadiri ahli PPBM Shah Alam, Tanjong Karang dan Sepang.

Kelmarin, PPBM dalam kenyataannya, berkata parti itu sudah menyerahkan dokumen membabitkan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti seperti yang dituntut RoS pada Khamis lalu jam 2.45 petang.

Pada 16 Mac lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui parti itu tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut ROS, iaitu laporan mesyuarat bahagian dan cawangan kerana ia belum dan tidak dapat dilaksanakan.

Mohd Azimin berkata, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya, perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

“Pada kami, ini satu manipulasi fakta mesyuarat, pemalsuan minit mesyuarat cawangan dan bahagian serta jenayah kerana menipu jabatan kerajaan.

“Jika ini pembohongan, pasti RoS akan mengambil tindakan serius terhadap PPBM. Jika sesuatu terjadi pada parti, adakah kami (ahli) akan jadi peminta simpati atau sedekah kepada parti lain dalam Pakatan Harapan?

“Adakah kami akan menumpang DAP atau PKR? Kami ahli PPBM, bukan peminta sedekah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, ahli parti digesa membuat laporan polis berhubung perkara itu, dan dia sendiri akan membuat laporan polis, Selasa depan.


DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI

Sekianlah artikel DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/dokumen-yang-dihantar-ppbm-kepada-ros.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DOKUMEN YANG DIHANTAR PPBM KEPADA ROS MENCURIGAKAN – AKAR UMBI"

Posting Komentar