Nik Abduh nafi terima wang UMNO

Nik Abduh nafi terima wang UMNO - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Abduh nafi terima wang UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Abduh nafi terima wang UMNO
link : Nik Abduh nafi terima wang UMNO

Baca juga


Nik Abduh nafi terima wang UMNO

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan bahawa beliau menerima sumbangan daripada UMNO atas kerjasama jatuhkan DAP.

Kata, Nik Abduh yang AJK PAS Pusat bahawa rakaman audio yang ditularkan dalam laman media sosial adalah karut dan fitnah terhadapnya.

“Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya.

“Malah, serangan terhadap saya juga secara langsung dan sengaja ke atas parti PAS yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik UMNO atau membuntut di ekor DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Abduh turut mendakwa bahawa hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh pelahap fitnah seperti PAN dan sekutunya.

Terdahulu, sejak 27 Feb yang lalu, satu klip audio rakaman yang didakwa Nik Abduh menjadi tular dikalangan netizen media sosial, yang mengakui menerima wang daripada Umno untuk jatuhkan DAP di Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Dalam ucapan rakaman selama 59 saat, Nik Abduh yang dipercayai berucap dikalangan ahli-ahli PAS mengakui beliau serta Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin lain menerima wang dari UMNO.

Bagaimanapun, Nik Abduh menafikan dakwaan tersebut sambil berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera bertaubat kepada-Nya.”

“Semoga Allah mengukuhkan kekuatan PAS dan pendukungnya, dicintai rakyat Malaysia seluruhnya dan memimpin negara menuju kejayaan dan kesejahteraan yang sebenar,” tambah beliau.


Nik Abduh nafi terima wang UMNO

Sekianlah artikel Nik Abduh nafi terima wang UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Nik Abduh nafi terima wang UMNO linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/nik-abduh-nafi-terima-wang-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nik Abduh nafi terima wang UMNO"

Posting Komentar