BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN

BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN
link : BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN

Baca juga


BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN

Barisan Nasional (BN) Gopeng optimis dapat menyumbang  satu kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk menubuhkan kerajaan diperingkat nasional dan negeri.

Justeru itu Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Senator Datuk Hamzah Kassim yang juga Pengerusi BN Gopeng berkata, berpandukan slogan yang diperkenalnya iaitu `Kita hendak menyumbang kita tak hendak menumpang’ mampu dapat merealisasikan hasrat BN untuk menawan kembali kerusi Parlimen Gopeng, DUN Teja dan Sungai Rapat pada pilihanraya kali ini.

Beliau berkata, BN Gopeng mahu `menumpang’ tapi terus menyumbang khidmat bakti membela nasib masa depan rakyat Gopeng  setelah dua penggal kawasan parlimen itu dikuasai pembangkang.

``Saya berharap rakyat Gopeng faham dan akan memberikan sokongan kepada BN supaya hidup kita sentiasa aman sejahtera dan terbela.

``Saya amat yakin rakyat Gopeng sudah faham dengan kaedah sumbangan khidmat bakti  kerajaan BN kepada rakyat…bukan seperti mereka (pembangkang) disebelah sana yang asyik mengata tapi tak buat kerja,’’ katanya.

Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas  merasmikan Program Cabaran  Servis 1,000 Motosikal di Arena Square Batu Gajah, Batu Gajah pada Khamis.

Beliau terusnya mengingatkan rakyat khasnya pengundi Gopeng supaya tidak tidak membuat kesilapan lalu dengan terus memberikan mandat kepada BN untuk terus kekal memerintah negeri Perak pada pilihanraya kali ini.

``Undilah,  berilah amanah ini kepada BN kerana telah terbukti  sejak zaman kemerdekaan BN  sentiasa menyumbang khidmat cemerlang kepada rakyat,’’ katanya.

Mengenai program itu, Hamzah berkata, program tersebut julung kali diadakan di Parlimen Gopeng melibatkan golongan belia.

``Melalui program ini, kita berpeluang mendekati golongan belia…memahami suara hati mereka dan membantu menjauhkan mereka daripada kegiatan tidak berfaedah,’’ katanya.

Seramai 1,000 penunggang motosikal memperoleh perkhidmatan tukar minyak pelincir percuma bertujuan meringankan beban, sekali gus mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Program dianjurkan UMNO Bahagian Gopeng bersama Kelab Sukan dan Rekreasi dan Komuniti Parlimen Gopeng itu turut mendapat kerjasama daripada 60 pelatih GiatMara seluruh negeri.


BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN

Sekianlah artikel BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/bn-gopeng-optimis-rampas-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN Gopeng optimis rampas kerusi Parlimen dan dua DUN"

Posting Komentar