Judul : Dr Rosli: "Saiz Kabinet" Perlulah Di Kecilkan, Untuk Mengelak Tragedi Greece
link : Dr Rosli: "Saiz Kabinet" Perlulah Di Kecilkan, Untuk Mengelak Tragedi Greece
Dr Rosli: "Saiz Kabinet" Perlulah Di Kecilkan, Untuk Mengelak Tragedi Greece
SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkan jumlah Menteri Kabinet terlebih dahulu sebelum diikuti langkah mengecilkan saiz perkhidmatan sektor awam.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob (foto), berkata kegagalan mengurangkan kos untuk menampung sektor awam dan Menteri Kabinet bakal menyebabkan negera terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti berlaku di Greece.
“Kadangkala sampai dua Menteri dalam satu kementerian. Di sini ada keperluan segera untuk kita membetulkan saiz Menteri Kabinet.
“Sama seperti Negara Greece antara punca masalah kewangan adalah saiz sektor awam yang besar di mana banyak membebankan kewangan dan menyerap guna tenaga yang ada di Greece.
“Dan bila Greece hadapi masalah kewangan, tentulah yang jadi mangsa adalah kakitangan sektor awam apabila mereka terpaksa berdepan dengan pemotongan gaji, dibuang kerja, pemotongan faedah-faedah kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini.
Jelasnya, kegagalan bertindak segera menyebabkan lambat laun Kerajaan Persekutuan terpaksa berhadapan dengan situasi ketidakmampuan membayar gaji kakitatangan awam.
Katanya, kewangan kerajaan semakin merosot boleh dilihat apabila kerajaan mula mengambil langkah memotong pelbagai peruntukan termasuk membabitkan Kementerian Kesihatan dan Pendidikan.
Sebelum ini, bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan agar kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam selagi mampu untuk berbuat demikian. #sumber
Dr Rosli: "Saiz Kabinet" Perlulah Di Kecilkan, Untuk Mengelak Tragedi Greece
Sekianlah artikel Dr Rosli: "Saiz Kabinet" Perlulah Di Kecilkan, Untuk Mengelak Tragedi Greece kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Dr Rosli: "Saiz Kabinet" Perlulah Di Kecilkan, Untuk Mengelak Tragedi Greece linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/dr-rosli-saiz-kabinet-perlulah-di.html
0 Response to "Dr Rosli: "Saiz Kabinet" Perlulah Di Kecilkan, Untuk Mengelak Tragedi Greece"
Posting Komentar