Judul : "Saya salute dengan Mahathir..." - Nazir....Salute Pasal U-Turn Ker
link : "Saya salute dengan Mahathir..." - Nazir....Salute Pasal U-Turn Ker
"Saya salute dengan Mahathir..." - Nazir....Salute Pasal U-Turn Ker
Jika sebelum ini, kecoh Tun Mahathir Mohamad cuba merubah sejarah negara dengan membuat pengakuan bahawa tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu perbuatan salah sepanjang mentadbir negara selama 22 tahun.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Nazir Husien meluahkan rasa kerisauannya jika bekas perdana menteri itu turut memberitahu kelahiran Datuk Seri Mukhriz juga merupakan satu kesilapan.
"Yelah...Tun Mahathir banyak kali buat u-turn. Dia tuduh Anwar meliwat, tapi sekarang dia kata itu silap. Jadi saya risau, dia akan cakap Mukhriz lahir pun silap. Apa lagi nak cakap?
"Tapi saya salute dengan Mahathir. Dia orang yang pandai u-turn dan pandai gunakan orang. Itu kelebihan dia. Sekarang ini, mana anak-anak muda yang menyokong PPBM? Armada? Sorok dalam gua? Semua kena tipu dengan Mahathir sehingga sanggup bertanding atas tiket DAP," katanya pada forum anjuran Mykmu.net bertajuk “Manifesto Pakatan: Realiti atau Ilusi” pada Khamis malam.
Turut hadir sebagai ahli panel ialah Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, Ahli akademik Universiti Utara Malaysia KL, Prof. Madya Dr. Noor Sulastry Yurni Datuk Ahmad Othman Yeop Abdullah dan Editor Agendadaily , Helme Hanafi bertindak sebagai moderator.
Bercakap mengenai manifesto PRU14 Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran mereka, Nazir Akhtar menyifatkan sebagai tak masuk akal.
"Mereka cadangkan untuk hapuskan GST. Kita kena hidup di bumi yang nyata, jika hendak hapuskan, apakah pilihan cukai lain yang ingin mereka perkenalkan? Nak hapuskan GST dan kenalkan cukai yang tak membebankan rakyat, apakah sistem itu? Jelaskan lah...janganlah tulis dalam buku sahaja.
"PH sengaja buat drama nak bagi rakyat tertipu. Lepas itu mereka akan re-brand balik isu macam mana yang mereka buat mengenai BRIM. Tahun 2008, mereka kata BRIM tu dedak, kemudian rasuah.Tapi kini, dalam buku manifesto mereka sendiri cakap BRIM akan diperluaskan, diteruskan. Itu yang akan dibuat kepada GST.
"Mereka tiada idea baru. Kalau ada idea baru,jom kita debat," katanya lagi.
Ujarnya lagi, janji yang diberikan PH tiada kredibiliti dan tidak boleh dipegang kerana jelas mereka tidak pernah menunaikan janji.
"Mereka hanya beritahu nak hapuskan itu ini,tapi tidak kemukakan jalan penyelesaian lain. Dalam manifesto itu juga tidak menyentuh mengenai pendapatan negara. Berlainan dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai track record yang bagus sejak dulu lagi," katanya.

Sekianlah artikel "Saya salute dengan Mahathir..." - Nazir....Salute Pasal U-Turn Ker kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca "Saya salute dengan Mahathir..." - Nazir....Salute Pasal U-Turn Ker linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/saya-salute-dengan-mahathir-nazirsalute.html
0 Response to ""Saya salute dengan Mahathir..." - Nazir....Salute Pasal U-Turn Ker"
Posting Komentar