PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen

PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen
link : PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen

Baca juga


PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Timbalan Perdana Menteri sewaktu Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diluluskan di Parlimen pada April 2014.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, Muhyiddin malah ketika itu menyokong GST, tetapi membuat pusingan U di Parlimen semenjak menyertai Pakatan Harapan.

Malah, katanya, Muhyiddin cuba pula menabur fitnah di Parlimen semalam dengan mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong GST, bukan beliau.

“Semua pihak perlu sedar wayang yang cuba dilakonkan oleh Ahli Parlimen Pagoh ini. Rakyat Malaysia khususnya masyarakat Pagoh sepatutnya sedar dan masih ingat.

“Apa yang menarik, pada saat dan ketika itu, Ahli Parlimen Pagoh ini Timbalan Perdana Menteri dan beliau telah menyokong perlaksanaan GST,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Ahmad Nawfa menyifatkan Muhyiddin yang dilantik sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dimalukan di Parlimen semalam apabila gagal menjawab fitnah yang dilemparkannya itu.

Beliau turut memaklumkan, PAS Kawasan Pagoh telah bersiap sedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh yang disandang Muhyiddin ketika ini. 


PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen

Sekianlah artikel PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/pas-kecam-muhyiddin-fitnah-abdul-hadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Kecam Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen"

Posting Komentar