Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard

Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard
link : Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard

Baca juga


Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard

Ideologi Mahathirisme yang dibawa oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad dilihat mula meresap ke dalam kepemimpinan dan akar umbi gabungan Pakatan Harapan diketuai DAP sejak beliau diangkat sebagai calon Perdana Menteri sementara awal tahun ini.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan diketuai DAP kini mula menggunakan strategi politik yang diguna pakai oleh Mahathir sejak sekian lama, iaitu dengan menindas golongan minoriti dan me­nganggap sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan mereka sebagai musuh.

“Saya bersimpati dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Maryam Lee yang hadir mengemukakan pendapat tentang undi rosak dalam satu forum beberapa hari lalu dan sehingga ke hari ini beliau diserang di media sosial oleh penyokong Pakatan Harapan dengan gelaran dan suntingan gambar yang kotor dan jelik, semata-mata kerana mempunyai pendapat yang berbeza dengan mereka.

“Pemimpin Pakatan Harapan tahu perkara ini sebab saya hantar semua komen-komen jelik itu kepada mereka tetapi tidak ada seorang pun yang bersuara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Badrul Hisham berpendapat, insiden kekecohan yang berlaku dalam Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan kelmarin menyerlahkan kerakusan pemimpin dan ahli PPBM dalam merebut kuasa.

Badrul Hisham memberitahu, PPBM dianggotai oleh bekas pemimpin serta ahli UMNO yang tamak kuasa justeru menimbulkan kekecohan memang menjadi ‘kepakaran’ mereka.

“Kenapa penyokong mereka sanggup mengganggu ucapan Pre­siden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan laungan ‘Hidup Tun!’ hanya kerana diberikan sedikit kerusi di Negeri Sembilan sedangkan di negeri lain mereka memperoleh kerusi yang sedia banyak?

“Bagaimana parti komponen Pakatan Harapan yang lain mahu pastikan Mahathir hanya akan jadi Perdana Menteri sementara jika soal pembahagian kerusi pun penyokong mereka sudah bertindak sebegini?” soalnya.

Kekecohan tersebut dicetuskan oleh sekumpulan ahli PPBM gara-gara tidak berpuas hati kerana diperuntukkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling sedikit untuk ditandingi di Negeri Sembilan dalam PRU-14, iaitu enam kerusi berbanding 12 kerusi bagi PKR, DAP (11 kerusi) dan PAN (tujuh kerusi).


Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard

Sekianlah artikel Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/penyokong-pembangkang-kritik-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyokong pembangkang kritik Mahathir ditindas - Chegubard"

Posting Komentar