Judul : Ringgit dijangka mengukuh antara 3.80 dan 3.95 pada suku pertama
link : Ringgit dijangka mengukuh antara 3.80 dan 3.95 pada suku pertama
Ringgit dijangka mengukuh antara 3.80 dan 3.95 pada suku pertama
Ringgit dijangka mengukuh beransur-ansur berbanding dolar AS dalam tempoh terdekat kepada antara 3.80 dan 3.95 pada suku pertama, jika momentum peningkatannya berterusan.
Ketua Ekonom MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata, secara umum, mata wang Asia termasuk ringgit, semakin menarik berbanding dolar AS sejak beberapa minggu kebelakangan ini ketika dolar terus mengalami penyusutan berterusan.
"Ini menyebabkan pelabur mengalih tumpuan ke arah perubahan dalam dasar monetari serta unjuran pertumbuhan, yang mempengaruhi keputusan pelaburan mereka.
“Kedudukan dolar AS yang lemah, selain pelbagai lagi faktor penyokong seperti prestasi makroekonomi yang positif dan unjuran negara yang menggalakkan, merupakan faktor yang menyokong pengukuhan mata wang tempatan," katanya dipetik Bernama.
Bagaimanapun, momentum peningkatan ringgit mungkin terhad disebabkan unjuran pertumbuhan yang lebih lemah berbanding jangkaan, penurunan harga komoditi, kelembapan perdagangan antarabangsa selain risiko politik yang meningkat, katanya.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidik Kumpulan RHB Banking, Dr Arup Raha berkata memandangkan ringgit dipercayai kira-kira 6-8 peratus kurang daripada nilai sebenar pada paras semasa, dan dengan mata wang yang biasanya terlebih tinggi, ringgit mampu untuk terus mengukuhkan.
Namun beliau berkata pergerakan ringgit akan banyak bergantung kepada perkembangan di luar negara, khususnya di Amerika Syarikat (AS) serta pasaran minyak.
Walaupun penutupan kerajaan AS baru-baru ini dilihat hanya sementara dan bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan oleh pasaran, Arup berkata siling hutang AS, yang perlu dinaikkan pada Mac masih menjadi masalah dan akan menjejaskan pasaran jika keputusannya terus diragui.
"Banyak bergantung kepada sejauh mana kedudukan politik di Amerika Syarikat. Jika ini berlaku, dolar AS akan lemah atau ringgit akan mengukuh.
"Sebaliknya jika kadar inflasi tinggi di Amerika Syarikat, dan pasaran mula mengira semula unjuran mereka kepada kadar AS, itu akan menjadi dolar negara itu positif atau ringgit negatif," katanya.
Dalam nota lain, Arup berkata berbanding rakan serantau, faktor utama yang membezakan ringgit daripada mata wang serantau lain ialah harga minyak kerana Malaysia merupakan pengeksport bersih komoditi.
Pada 2017, contohnya ringgit rendah berbanding dolar Singapura pada separuh pertama dan mengukuh pada separuh kedua, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan harga minyak, katanya.
“Ia menunjukkan walaupun ringgit kukuh berbanding dolar US, unit tempatan itu tidak dilihat sebagai mata wang yang kukuh di peringkat serantau sehinggalah harga minyak meningkat,” katanya.
Beliau berkata harga minyak dijangkakan tidak lagi meneruskan peningkatannya, dan dalam tempoh sederhana, ia sepatutnya susut dengan harga minyak Brent diunjurkan pada purata US$64 setong tahun ini.

Sekianlah artikel Ringgit dijangka mengukuh antara 3.80 dan 3.95 pada suku pertama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Ringgit dijangka mengukuh antara 3.80 dan 3.95 pada suku pertama linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/ringgit-dijangka-mengukuh-antara-380.html
0 Response to "Ringgit dijangka mengukuh antara 3.80 dan 3.95 pada suku pertama"
Posting Komentar