Judul : Dewan Rakyat Gamat
link : Dewan Rakyat Gamat
Dewan Rakyat Gamat
Dewan Rakyat Gamat. Sapaan “kekanda” dan “adinda” antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang saling berseloroh mesra hari ini, menceriakan suasana Dewan Rakyat yang kebiasaannya “panas” dengan pelbagai isu.
Ia bermula apabila S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengambil giliran membahaskan titah Agong membahasakan dirinya sebagai “adinda” ketika menyapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan gelaran “kekanda”.
Dewan Rakyat Gamat. Kesavan menarik perhatian Zahid apabila memberitahu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bahawa beliau anak watan Bagan Datuk, dan dahulunya Adun Hutan Melintang, antara DUN bawah Parlimen itu.
Kenyataan itu menyebabkan Zahid bangun membalas ucapan Kesavan dan mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput.
“Saya ucapkan tahniah kepada Sungai Siput kerana secara rasminya dinaikkan pangkat untuk bertanding di Sungai Siput dan meninggalkan DUN Hutan Melintang.
“Adakah Yang Berhormat rasa terima kasih kepada kekanda kerana semasa menjadi pihak pembangkang pun kekanda sudah memberikan layanan yang saksama dan terbaik kepada Yang Berhormat?” kata Ahmad Zahid.
Dewan Rakyat Gamat
Kepada soalan itu, Kesavan menjawab: ”Kekanda Bagan Datuk, saya kini berhijrah ke Sungai Siput. Walaupun Bagan Datuk jauh dari pandangan Sungai Siput, namun dekat di hati.
“Saya ucap terima kasih,” kata Kesavan dengan gelagat kedua-dua mereka disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen yang lain.
Kesavan ketika menyambung perbahasannya berkata walaupun wadah dan ideologi perjuangan parti berbeza, warna kulit berbeza, agama dan bahasa berbeza, ia tidak harus menjadi halangan kepada persaudaraan.
Perbahasan itu turut mendapat pujian Timbalan Speaker Nga Kor Ming yang menyifatkan cara sapaan kedua-dua Ahli Parlimen itu menepati pepatah ‘orang berbudi kita berbahasa’ dan wajar menjadi contoh di dewan.
Dewan Rakyat Gamat. Persidangan Dewan Rakyat bersambung minggu depan. - malaysiakini
Iklan
Dewan Rakyat Gamat
Sekianlah artikel Dewan Rakyat Gamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Dewan Rakyat Gamat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/07/dewan-rakyat-gamat.html
0 Response to "Dewan Rakyat Gamat"
Posting Komentar